Tuesday 31 March 2015

EIFFEL TOWER, I'M IN LOVE

HELLO SEMUA!
SEMPENA DENGAN TAHUN KE-126 PEMBUKAAN SECARA RASMI MENARA EIFFEL PADA HARI INI, AKU NAK KONGSIKAN KEPADA PEMBACA SEMUA TENTANG MENARA CINTA INI. PASTI PEMBACA SEMUA TAHU KAN BAHAWA MENARA EIFFEL TERLETAK DI KOTA CINTA METROPOLITAN IAITU PARIS, PERANCIS. KOTA INI DIKATAKAN SANGAT SESUAI UNTUK DIKUNJUNGI OLEH PASANGAN YANG BERCINTA DAN BARU BERKAHWIN UNTUK BERBULAN MADU. SESUAI DENGAN GELARAN YANG DIBERI, KOTA INI MEMPUNYAI CUACA DAN PANORAMA YANG INDAH.

PEMANDANGAN KOTA PARIS DARI LENSA KAMERA
MENARA EIFFEL DIBINA DI ATAS SEBUAH RUANG HIJAU AWAM YANG DINAMAKAN CHAMP DE MARS. KENAPA DINAMAKAN SEBEGITU? HAL INI KERANA CHAMP DE MARS MEMBAWA MAKSUD MEDAN MARS SESUAI DENGAN FUNGSI ASALNYA IAITU SEBAGAI KAWASAN PERBARISAN TENTERA ROM.

PADANG CHAMP DE MARS


MENARA SIMBOLIK CINTA INI DINAMAKAN EIFFEL BERSEMPENA DENGAN NAMA PERANCANG PEMBINAANNYA IAITU GUSTAVE EIFFEL. MENARA EIFFEL INI TERLETAK BERSEBELAHAN SUNGAI SEINE. MENARA INI DIBINA BERASASKAN SEPENUHNYA BESI DAN BERKETINGGIAN 300 METER SERTA DIATASNYA TERDAPAT ANTENA TELEVISYEN SETINGGI 24 METER. MENARA INI MERUPAKAN MENARA YANG TERTINGGI DAN PALING MENONJOL DI KOTA PARIS.

UKURAN MENARA EIFFEL
MENARA EIFFEL SANGAT TERKENAL DALAM KALANGAN PELANCONG DARI SEANTERO DUNIA. MENARA INI SANGAT TERKENAL KERANA PEMANDANGAN KOTA PARIS YANG INDAH DAPAT DILIHAT APABILA BERADA DI PUNCAK MENARA BESI INI. MENARA EIFFEL INI MENJADI LAMBANG ATAU SIMBOL KOTA PARIS SEBAGAI KOTA CINTA DAN METROPOLITAN. MENARA INI JUGA MERUPAKAN ANTARA MONUMEN YANG KERAP DIKUNJUNGI PELANCONG LEBIH DARIPADA 200 JUTA ORANG SEJAK IA DIBINA DAN DIRASMIKAN PADA TAHUN 1889.

PEMANDANGAN MENARA APABILA DILIHAT DARI TROCADERO KETIKA MATAHARI TERBIT
KAKI GERGASI MENARA EIFFEL
EIFFEL DILIHAT DARI SEBUAH LORONG
MENARA EIFFEL KETIKA DISAMBAR PETIR PADA 1902
MODEL KECIL MENARA CINTA EIFFEL
MENARA EIFFEL PADA WAKTU MALAM
MENARA INI DILIHAT DARI BAWAH
BAIKLAH SAMPAI DI SINI SAHAJA CORETAN PADA HARI INI. AKHIR KATA APABILA MELANCONG KE LUAR NEGARA, DON'T JUST 'EAT, PRAY, LOVE' BUT EAT THE BEAUTIFUL OF THE COUNTRY. SEKIAN, EUREKA!!

Sunday 29 March 2015

PENGKHABARAN BAIK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA,
PADA HARI INI AKU NAK KONGSIKAN KEPADA SEMUA PEMBACA DAN PELAWAT BLOG AKU INI TENTANG BLOG YANG BARU AKU BINA PADA HUJUNG MINGGU LEPAS. BLOG INI AKU BINA UNTUK BERKONGSI KEPADA PEMBACA HASIL KARYA ATAU PENULISANKU.

HAA, MESTI PEMBACA SEMUA TERKEJUTKAN AKU BERITAHU YANG AKU ADA HASIL KARYA KEPUNYAANKU SENDIRI. YA MEMANG BETUL! SEKARANG INI APABILA AKU MEMPUNYAI MASA LAPANG DAN IDEA MUNCUL TIBA-TIBA, AKU MENGHABISKAN MASAKU DENGAN MENULIS CERPEN ATAU LEBIH TEPAT LAGI SINOPSIS CERITA.

MENGAPA AKU MENJADIKAN AKTIVITI MENULIS SEBAGAI HOBI? HAL INI KERANA PADA ZAMAN REMAJA AKU INI, AKU ADA BANYAK TERDENGAR DAN TERLIHAT RAMAI RAKANKU YANG SUKA MEMBACA NOVEL DAN MENONTON DRAMA TERUTAMANYA DRAMA KOREA.

SETELAH MEMBACA BEBERAPA BUAH NOVEL MELAYU DAN MENONTON BEBERAPA SIRI DRAMA MELAYU, SINETRON DAN DRAMA KOREA, AKU JADI MINAT UNTUK MENGHASILKAN SEBUAH CERITA ATAU KARYA YANG BOLEH MEMBUATKAN ORANG TERBUAI-BUAI DAN TERMIMPI-MIMPI AKAN KEINDAHAN KARYA TERSEBUT.

BEBERAPA HARI LALU, AKU ADA MENULIS SATU SINOPSIS CERITA YANG BERMAIN DALAM FIKIRANKU PADA KETIKA ITU. WALAU BAGAIMANAPUN AKU TIDAK SEMPAT UNTUK MENGHABISKAN SINOPSIS CERITA ITU SEPENUHNYA. JADI AKU AKAN KONGSIKAN KEPADA PEMBACA SEMUA SEBAHAGIAN DARIPADA SINOPSIS CERITA AKU ITU.

KARYA PENULISANKU BERTAJUK DREAMING WINTER.



CERITA INI MENGISAHKAN TENTANG SEORANG WANITA YANG MENCEBURKAN DIRI DALAM BIDANG PENULISAN. PENULISANNYA SERING MENDAPAT CEMUHAN ORANG RAMAI KERANA TIDAK PENULISANNYA ITU SERING MENYENTUH SENSITIVITI SESEORANG. DIA SANGAT DIBENCI SEHINGGAKAN DIA PERNAH CUBA UNTUK DICEDERAKAN OLEH PEMBACA PENULISANNYA. MATA SEBELAH KIRINYA HAMPIR BUTA KERANA PERNAH DITEMBAK DENGAN PISTOL  AIR YANG DICAMPUR CUKAN DAN SOS CILI.

KETIKA DI HOSPITAL, PENGARAH SYARIKAT PENERBITANNYA DATANG MELAWATNYA. DIA MENCABARNYA UNTUK MENULIS SEBUAH KARYA YANG DAPAT MENARIK PEMBACA UNTUK MENYUKAINYA KEMBALI. PENGARAH SYARIKATNYA ITU MENJANJIKAN GANJARAN YANG LUMAYAN IAITU BERCUTI DI NEGARA EMPAT MUSIM DAN SEJUMLAH WANG TUNAI RM10,000. DIA SANGAT TERUJA KERANA DARI KECIL DIA MEMPUNYAI IMPIAN UNTUK BERCUTI PADA MUSIM SALJU.

KETIKA DIA BEREHAT DI WAD, DIA BERMIMPI BERJUMPA KEKASIH HATINYA PADA MUSIM SALJU. KETIKA DIA SEDANG BERMESRA DENGAN KEKASIHNYA ITU DIA TERDENGAR SATU TERIAKAN YANG SANGAT KUAT. LALU KEKASIHNYA MENINGGALKANNYA DAN BERLARI KE ARAH SUARA TERIAKAN. MALANGNYA KEKASIHNYA DILANGGAR DENGAN SEBUAH LORI.

DIA TERJAGA DARI TIDURNYA. DIA TERKEJUT APABILA MELIHAT DIRINYA MEMAKAI SEKALUNG RANTAI BERBENTUK BINTANG DI CERMIN. APABILA DIA MEMBELEK RANTAI ITU, IA MENGELUARKAN SUATU SINARAN YANG LUAR BIASA. SINARAN CAHAYA PUTIH ITU MENYELUBUNGI DIRINYA. DAN DIA HILANG.


APABILA DIA TERSEDAR DIA BERADA SEBUAH PERKAMPUNGAN. DIA TERDENGAR SUARA RIUH RENDAH PENDUDUK DI SITU. DIA KE ARAH SUARA ITU. RUPA-RUPANYA SUARA BISING ITU DATANG DARI SEBUAH PUSAT HIBURAN. KETIKA DIA HENDAK PERGI DARI SITU, DIA BERTEMU SEORANG WANITA YANG BERWAJH MIRIP RAKANNYA. DIA BERTANYA KEPADA RAKANNYA APA WANITA ITU  BUAT DI SITU. WANITA ITU TERUS MENARIK LENGANNYA SAMBIL BERKATA DIA DATANG UNTUK BERHIBUR. APABILA DIA MASUK KE DALAM PUSAT HIBURAN ITU, ALANGKAH TERKEJUTNYA DIRINYA KERANA DIA SEAKAN-AKAN BERADA DALAM SEBUAH FILEM LAMA. SEMUA ORANG DI DALAM PUSAT HIBURAN ITU BERPAKAIAN GAYA  LAMA SEPERTI PADA ZAMAN 60-AN DAN 70-AN...


70's


SAMPAI SITU SAHAJA YANG SEMPAT AKU TULIS. JIKA AKU MEMPUNYAI IDEA BARU, AKU AKAN MENYAMBUNG CERITA INI DAN MENGHANTARNYA DI LAMAN BLOG AKU YANG BARU IAITU 'STAND OUT WRITING'. AKU HARAP PEMBACA SEMUA SUDI MEMBACA LAMAN BLOG AKU YANG BARU ITU UNTUK MENGETAHUI SAMBUNGAN CERITA TERSEBUT. 

APAKAH RANTAI ITU SEBENARNYA? DARI MANA DATANGNYA RANTAI ITU? DI MANAKAH DIA BERADA SELEPAS MENGHILANGKAN DIRI? SEGALA-GALANYA AKAN TERJAWAB DI LAMAN BLOG STAND OUT WRITING. WASSALAM..

Friday 20 March 2015

HARI GEMBIRA SEDUNIA by GOOGLE

APA KHABAR DUNIA? SAYA DI SINI SIHAT SAHAJA. KORANG TAHU TAK HARI NI HARI APA? MEMANG BETUL HARI INI HARI JUMAAT, PENGHULU SEGALA HARI. TAPI YANG LEBIH PENTING LAGI SEBENARNYA HARI INI HARI GEMBIRA SEDUNIA BAK KATA ORANG INGGERIS INTERNATIONAL DAY OF HAPPINESS.

SEMPENA HARI GEMBIRA SEDUNIA NI AKU NAK BERKONGSI DENGAN KORANG TENTANG SATU TEMPAT YANG MENARIK DAN WAJIB DIKUNJUNGI OLEH SEMUA ORANG TAK KIRA UMUR, JANTINA ATAU AGAMA UNTUK MEWUJUDKAN PERASAAN BAHAGIA BERSAMA ORANG YANG TERSAYANG.

TEMPAT YANG AKU MAKSUDKAN INI IALAH ALIVE 3D ART GALLERY YANG TERLETAK DI LUKUT, PORT DICKSON. SEMALAM AKU ADA MELAWAT KE MUZIUM INI BERSAMA KELUARGA KETIKA BERCUTI DI PORT DICKSON.

DI DALAM MUZIUM INI TERDAPAT PELBAGAI POTRET ATAU LUKISAN YANG SEKALI PANDANG NAMPAK SEAKAN-AKAN WUJUD DAN HIDUP. BANYAK JUGAK GAMBAR YANG AKU AMBIL DI LUKISAN -LUKISAN TERSEBUT.

ANTARA LUKISAN YANG TERDAPAT DI DALAM MUZIUM 3D INI IALAH WATAK ANIMASI POPULAR SEPERTI SPIDERMAN DAN KING KONG. ADA JUGA POTRET SELEBRITI ANTARABANGSA YANG TERKENAL SEPERTI MARILYN MONROE.

MEMANG RUGILAH SESIAPA YANG KALAU PERGI KE PORT DICKSON TAK KE MUZIUM INI. SANGAT-SANGAT RUGI. KENAPA? SEBAB MUZIUM INI SANGAT SESUAI DILAWATI OLEH SEISI KELUARGA YANG INGIN MERAPATKAN SILATURRAHIM SESAMA MEREKA.

URGHH.. BERATNYA MENARA NI!!

HOLLA! PERTANDINGAN COWBOY SEDUNIA

MEH MAKAN BURUNG!

ALAMAK KING KONG NAK MAKAN KEPALA AKU!!

WITH THE GORGEOUS MARILYN MONROE

MENJADI SANTAPAN SERIGALA


KESIMPULANNYA, BANYAK PENGALAMAN BARU YANG AKU DAPAT SEMASA MELAWAT MUZIUM 3D INI. AKU JUGA BERASA SANGAT GEMBIRA DI SAMPING KELUARGA SETELAH MELAWAT MUZIUM INI. AKU HARAP KORANG PUN DAPAT MELUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA MELAWAT MUZIUM 3D INI.

SEKIAN. HOLLA!!

Monday 16 March 2015

NA NA NA NA NA.. GANU KITA..

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
HARI INI AKU NAK BERKONGSI CERITA TENTANG DUA ADIKKU YANG MENGIKUTI LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN BERAMAL KE TERENGGANU DAN NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG TAK LAIN TAK BUKAN NEGERI KELANTAN.

DUA ADIKKU ITU TELAH MENGIKUTI LAWATAN ITU PADA HARI JUMAAT DAN BARU PULANG PADA PAGI TADI JAM DUA PAGI. BANYAK SUNGGUH CERITA YANG DISAMPAIKAN OLEH DUA ORANG ADIKKU ITU SETELAH PULANG. ANTARANYA PERISTIWA BURUK YANG BERLAKU KEPADA MEREKA IAITU MENGALAMI DEMAM DAN PENING KEPALA SEMASA MENGIKUTI LAWATAN ITU.

MEREKA MEMBUAT LAWATAN KE NEGERI KELANTAN DAHULU DAN SETERUSNYA KE NEGERI TERENGGANU. BANYAK PENGALAMAN BARU DAN ILMU YANG MEREKA PEROLEHI SEMASA LAWATAN. ANTARANYA MEREKA DAPAT MELAWAT RUMAH KEDIAMAN ARWAH TOK GURU NIK AZIZ. DI SITU MEREKA DAPAT BERAMAH MESRA BERSAMA ANAK MENANTU DAN ISTERI ARWAH TOK GURU.

SELEPAS ITU, MEREKA JUGA SEMPAT MEMBELI BELAH DI PASAR WAKAF CHE YEH. KATA MEREKA DI SITU TERDAPAT BANYAK BARANGAN DAN CENDERAMATA YANG DIJUAL DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN.

SEMASA DI KUALA TERENGGANU, MEREKA MENGUNJUNGI TAMAN TAMADUN ISLAM. DI SITU TERDAPAT BANYAK MONUMEN MASJID DARI SERATA DUNIA TERMASUK MASJIDIL HARAM DI MEKAH. MEREKA JUGA SEMPAT BERSOLAT DI MASJID KRISTAL YANG TERLETAK TIDAK JAUH DARI TAMAN TAMADUN ISLAM.

MASJID KRISTAL


MEREKA JUGA SEMPAT MENGUNJUNGI PASAR PAYANG UNTUK MEMBELI BELAH CENDERAMATA UNTUK DIBAWA PULANG. SELEPAS ITU MEREKA ADA MENGUNJUNGI KAMPUNG LOSONG YANG DIKATAKAN SEBAGAI SYURGA KEROPOK LEKOR KERANA HAMPIR 3/4 DARIPADA PENDUDUK KAMPUNG ITU YANG BERNIAGA KEROPOK LEKOR. KEROPOK LEKOR MEREKA JUGA ASLI DAN 100% BUATAN SENDIRI. KEROPOK LEKOR MEREKA DIPROSES SENDIRI DAN ISINYA 100% IKAN TANPA CAMPURAN TEPUNG. ADIK AKU ADA MEMBELI SEBUNGKUS KEROPOK LEKOR DI SITU.

SEBELUM PULANG ADIK AKU ADA SINGGAH BERSOLAT DI MASJID TERAPUNG DI KUALA TERENGGANU. DI SITU JUGA TERDAPAT BANYAK CENDERAMATA KATANYA. ADIKKU ITU SEMPAT MEMBELI BELAH DI SITU.

MASJID TERAPUNG, KUALA TERENGGANU


PADA PAGI TADI ADIK AKU ADA MEMBERIKAN CENDERAMATA KEPADA AHLI KELUARGA YANG LAIN. MEREKA MEMBERIKAN DUA KEYCHAIN KEPADAKU. SATU KEYCHAIN DARI KELANTAN DAN SATU KEYCHAIN LAGI DARI TERENGGANU. LAIN PULA DENGAN ADIKKU YANG PALING KECIL ITU MENERIMA BANYAK CENDERAMATA TERMASUK BAJU KERANA HARI JADINYA PADA HARI SEMALAM. CENDERAMATA ITU DIKIRA SEBAGAI HADIAH HARI JADI JUGALAH.

APABILA MENDENGAR CERITA MEREKA AKU JADI TERINGIN PULA UNTUK KE NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG DAN SEKALI LAGI MENJEJAKKAN KAKI KE KUALA TERENGGANU. JIKA DIBERI PELUANG, AKU TERINGIN SANGAT NAK PERGI KE SANA.

INI SAHAJA CORETAN BUAT KALI INI DAN HARAP BERJUMPA LAGI. SALAM CUTI-CUTI MALAYSIA DAN SENYUM SOKMO..

Saturday 14 March 2015

SEJARAH PERTAMA MEMANDU KENDERAAN

BARU BEBERAPA HARI MENDAPAT LESEN P, SATU SEJARAH HIDUP YANG TIDAK AKAN AKU LUPAKAN TELAH BERLAKU. KERETA AKU TERLANGGAR KERETA AYAHKU SEMASA HENDAK MEMAKIR KERETAKU KE DALAM TEMPAT MELETAKKAN KENDERAAN DI RUMAHKU.

SEBELUM TU, AKU DAN ADIK LELAKI KECILKU PERGI KE KEDAI UNTUK MEMBELI KICAP YANG DIPESAN OLEH IBU. MUNGKIN MASA TU AKU TAK ADA MOOD ATAU MOOD AKU KURANG BAIK. PADA MULANYA AKU INGAT NAK NAIK MOTOR UNTUK KE KEDAI TAPI ADIK AKU TU BERIA-IA SANGAT NAK IKUT JADI TERPAKSALAH AKU NAIK KERETA.

SEMASA MAHU MENGELUARKAN KERETA DARI TEMPAT MELETAKKAN KERETA DI RUMAHKU, AKU SUDAH BERASA SESUATU YANG TIDAK BAIK AKAN BERLAKU. INI KERANA SEMASA MAHU MENGELUARKAN KERETA CERMIN SISI KANAN KERETAKU HAMPIR MELANGGAR PAGAR. HMM.. NASIB BAIKLAH AKU SEMPAT BUKA TINGKAP DAN MENOLAK PAGAR RUMAHKU AGAR LALUAN UNTUK KELUAR TERBUKA LUAS SEDIKIT UNTUK MENGELUARKAN KERETA AKU TU YANG TERSANGATLAH COMEL!

MUNGKIN TERBURU-BURU TIDAK SABAR MAHU MASUK KE DALAM RUMAH, JADI SEMASA MAHU MEMASUKKAN KERETA AKU TERLANGGAR SEDIKIT BELAKANG KERETA MYVI AYAHKU ITU. HABIS CALAR KERETA MY VI AYAHKU ITU. SUDAHLAH BARU DISERVIS KERETA ITU BEBERAPA MINGGU YANG LALU.

KERETA AKU YANG COMEL ITU PUN ADA JUGA CALAR. ENTAHLAH SEKARANG NI AKU RASA HOPELESS DAN TIADA MOOD LANGSUNG. AYAH AKU PUN TAK ADA LA PULA MARAH-MARAH SEPERTI SELALU. MUNGKIN DIA TAHU YANG AKU TIADA MOOD KOT.. APALAH NASIB BADAN.. AKU HARAP KEJADIAN SEPERTI INI TIDAK BERLAKU LAGI PADA DIRIKU DAN AHLI KELUARGA YANG LAIN.

KEJADIAN NI BETUL-BETUL MEMBERI KESAN DAN HIKMAH YANG MENDALAM SERTA PENGAJARAN KEPADA DIRIKU AGAR MEMANDU LEBIH BERHATI-HATI SELEPAS INI. SEKIAN..

Thursday 5 March 2015

YESS!! AKHIRNYA LULUS!

BARU-BARU INI KEPUTUSAN SPM TELAH KELUAR. AKU BERASA SANGAT BERDEBAR-DEBAR SEMASA DALAM PERJALANAN KE SEKOLAHKU. KEPUTUSAN SPM KELUAR PADA PUKUL 10 PAGI. AKU BERTOLAK DARI RUMAH KIRA-KIRA PADA PUKUL 11 PAGI. MAKLUM SAHAJALAH, TIADA TRANSPORT. JADI AKU KENALAH TUNGGU IBU BAPA AKU PULANG DARI TEMPAT KERJA.

PERJALANAN KE SEKOLAHKU MEMAKAN MASA HAMPIR SATU JAM SETENGAH. HAL INI DISEBABKAN SEKOLAHKU TERLETAK DI KUALA LUMPUR. JAUHKAN SEKOLAH AKU DARI RUMAH? MAKLUM SAHAJALAH AKU BERSEKOLAH DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH.

SETIBANYA AKU DI SEKOLAH, AKU TERUS MENCARI GURU KELASKU UNTUK MENDAPATKAN SLIP KEPUTUSAN SPM KU. KETIKA AKU MENCARI GURU KELASKU, AKU ADA TERJUMPA RAKAN-RAKAN SEKELAS DAN SATU BATCH DENGANKU. MEREKA ADA BERTANYA APA KEPUTUSANKU TETAPI AKU MENJAWAB BELUM MENGAMBIL SLIP PEPERIKSAANKU LAGI KERANA AKU DATANG LEWAT. MAKLUM SAHAJALAH KETIKA AKU SAMPAI JAM SUDAH MENUNJUKKAN PUKUL 12.10 TENGAHARI. MAJLIS SEMPENA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM PUN SUDAH TAMAT KETIKA AKU SAMPAI DI SEKOLAH. RAKAN-RAKANKU RAMAI SUDAH BERKUMPUL DI TEPI DEWAN BERBUAL-BUAL TENTANG KEPUTUSAN MEREKA.

AKU TERUS MELIHAT SLIP PEPERIKSAANKU APABILA BERTEMU DENGAN GURU KELASKU YANG KETIKA ITU SEDANG MAKAN DI KANTIN. AKU BERASA SANGAT KECEWA DENGAN KEPUTUSAN YANG AKU PEROLEH. KORANG NAK TAHU APA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM KU? AKU HANYA BERJAYA MEMPEROLEHI 4A 5B. AKU MENDAPAT A DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, PENDIDIKAN ISLAM DAN MATEMATIK. SEMUANYA SUBJEK TERAS. SUBJEK ELEKTIF YANG LAINNYA AKU MENDAPAT GRED B TERMASUKLAH SUBJEK KESUKAANKU, SEJARAH (B+).

AKU TIDAK SEMPAT BERBUAL-BUAL PANJANG DENGAN RAKAN-RAKANKU KERANA IBU BAPAKU SEDANG MENUNGGU DI DALAM KERETA. AKU JUGA TAK SEMPAT BERTANYA KEPADA RAKAN-RAKANKU SIAPA YANG MENDAPAT STRAIGHT A+, SEKOLAH MENDAPAT NOMBOR BERAPA DALAM KALANGAN SEKOLAH SBP DAN BERMACAM-MACAM LAGI. AKU HANYA DATANG SEKEJAP JE DI SEKOLAH. LEBIH KURANG PUKUL 12.30 TENGAHARI AKU TERUS PULANG KE RUMAH.

SETIBANYA DI RUMAH AKU TERUS MELAYARI INTERNET. KORANG NAK TAHU SEKOLAH AKU DAPAT NOMBOR BERAPA DALAM KALANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH? JENG JENG JENG.. SEKOLAH AKU BERJAYA MENDAPAT NOMBOR ENAM DI PERINGKAT SBP, NOMBOR SATU DI KUALA LUMPUR DAN DUA ORANG PELAJAR MENDAPAT STRAIGHT A+. SEORANG CINA DAN SEORANG MELAYU.

ESOKNYA PULA, AKU ADA UJIAN ULANGAN UNTUK MOTOSIKAL DI TREK. AKU BERASA SANGAT BERDEBAR KETIKA MENUNGGU GILIRANKU DIUJI OLEH PEGAWAI JPJ. KETIKA UJIAN MOTOSIKAL PERTAMAKU YANG AKU AMBIL PADA BULAN LEPAS, AKU GAGAL DI BAHAGIAN TITI. JADI AKU BERASA SANGAT TAKUT KETIKA ITU KERANA BAHAGIAN TREK PERTAMA YANG DIUJI DAHULU ADALAH DI BAHAGIAN TITI. JIKA AKU GAGAL DI BAHAGIAN TITI, AKU AKAN DIKIRA GAGAL UNTUK SEMUA UJIAN DI BAHAGIAN TREK.

YES! KETIKA NAMAKU DIPANGGIL UNTUK BERSEDIA, AKU TERUS MEMBUAT RSM PADA MOTOSIKALKU. APA ITU RSM? RSM TU BERMAKSUD RUTIN SEBELUM MENUNGGANG. KETIKA MENAIKI TITI, AKU BERASA SANGAT GEMENTAR. ADAKALANYA AKU BERASA MOTOSIKALKU AKAN JATUH. TETAPI BERBEKALKAN SEMANGAT YANG KENTAL, AKU BERJAYA JUGA MELEPASI 'TITI MAUT' TERSEBUT.

SELEPAS ITU, UJIAN DI BAHAGIAN TREK YANG LAIN AKU BERJAYA LEPASI DENGAN MUDAH. ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA AKU BOLEH JUGA MENDAPATKAN LESEN P...

UJIAN TITI