PADA HARI INI AKU NAK KONGSIKAN KEPADA SEMUA PEMBACA DAN PELAWAT BLOG AKU INI TENTANG BLOG YANG BARU AKU BINA PADA HUJUNG MINGGU LEPAS. BLOG INI AKU BINA UNTUK BERKONGSI KEPADA PEMBACA HASIL KARYA ATAU PENULISANKU.
HAA, MESTI PEMBACA SEMUA TERKEJUTKAN AKU BERITAHU YANG AKU ADA HASIL KARYA KEPUNYAANKU SENDIRI. YA MEMANG BETUL! SEKARANG INI APABILA AKU MEMPUNYAI MASA LAPANG DAN IDEA MUNCUL TIBA-TIBA, AKU MENGHABISKAN MASAKU DENGAN MENULIS CERPEN ATAU LEBIH TEPAT LAGI SINOPSIS CERITA.
MENGAPA AKU MENJADIKAN AKTIVITI MENULIS SEBAGAI HOBI? HAL INI KERANA PADA ZAMAN REMAJA AKU INI, AKU ADA BANYAK TERDENGAR DAN TERLIHAT RAMAI RAKANKU YANG SUKA MEMBACA NOVEL DAN MENONTON DRAMA TERUTAMANYA DRAMA KOREA.
SETELAH MEMBACA BEBERAPA BUAH NOVEL MELAYU DAN MENONTON BEBERAPA SIRI DRAMA MELAYU, SINETRON DAN DRAMA KOREA, AKU JADI MINAT UNTUK MENGHASILKAN SEBUAH CERITA ATAU KARYA YANG BOLEH MEMBUATKAN ORANG TERBUAI-BUAI DAN TERMIMPI-MIMPI AKAN KEINDAHAN KARYA TERSEBUT.
BEBERAPA HARI LALU, AKU ADA MENULIS SATU SINOPSIS CERITA YANG BERMAIN DALAM FIKIRANKU PADA KETIKA ITU. WALAU BAGAIMANAPUN AKU TIDAK SEMPAT UNTUK MENGHABISKAN SINOPSIS CERITA ITU SEPENUHNYA. JADI AKU AKAN KONGSIKAN KEPADA PEMBACA SEMUA SEBAHAGIAN DARIPADA SINOPSIS CERITA AKU ITU.
KARYA PENULISANKU BERTAJUK DREAMING WINTER.
CERITA INI MENGISAHKAN TENTANG SEORANG WANITA YANG MENCEBURKAN DIRI
DALAM BIDANG PENULISAN. PENULISANNYA SERING MENDAPAT CEMUHAN ORANG RAMAI KERANA
TIDAK PENULISANNYA ITU SERING MENYENTUH SENSITIVITI SESEORANG. DIA SANGAT
DIBENCI SEHINGGAKAN DIA PERNAH CUBA UNTUK DICEDERAKAN OLEH PEMBACA
PENULISANNYA. MATA SEBELAH KIRINYA HAMPIR BUTA KERANA PERNAH DITEMBAK DENGAN
PISTOL AIR YANG DICAMPUR CUKAN DAN SOS
CILI.
KETIKA DI HOSPITAL, PENGARAH SYARIKAT PENERBITANNYA DATANG
MELAWATNYA. DIA MENCABARNYA UNTUK MENULIS SEBUAH KARYA YANG DAPAT MENARIK
PEMBACA UNTUK MENYUKAINYA KEMBALI. PENGARAH SYARIKATNYA ITU MENJANJIKAN
GANJARAN YANG LUMAYAN IAITU BERCUTI DI NEGARA EMPAT MUSIM DAN SEJUMLAH WANG
TUNAI RM10,000. DIA SANGAT TERUJA KERANA DARI KECIL DIA MEMPUNYAI IMPIAN UNTUK
BERCUTI PADA MUSIM SALJU.
KETIKA DIA BEREHAT DI WAD, DIA BERMIMPI BERJUMPA KEKASIH HATINYA
PADA MUSIM SALJU. KETIKA DIA SEDANG BERMESRA DENGAN KEKASIHNYA ITU DIA
TERDENGAR SATU TERIAKAN YANG SANGAT KUAT. LALU KEKASIHNYA MENINGGALKANNYA DAN
BERLARI KE ARAH SUARA TERIAKAN. MALANGNYA KEKASIHNYA DILANGGAR DENGAN SEBUAH
LORI.
DIA TERJAGA DARI TIDURNYA. DIA TERKEJUT APABILA MELIHAT
DIRINYA MEMAKAI SEKALUNG RANTAI BERBENTUK BINTANG DI CERMIN. APABILA DIA
MEMBELEK RANTAI ITU, IA MENGELUARKAN SUATU SINARAN YANG LUAR BIASA. SINARAN CAHAYA PUTIH ITU MENYELUBUNGI DIRINYA.
DAN DIA HILANG.
APABILA DIA TERSEDAR DIA BERADA SEBUAH PERKAMPUNGAN. DIA
TERDENGAR SUARA RIUH RENDAH PENDUDUK DI SITU. DIA KE ARAH SUARA ITU.
RUPA-RUPANYA SUARA BISING ITU DATANG DARI SEBUAH PUSAT HIBURAN. KETIKA DIA
HENDAK PERGI DARI SITU, DIA BERTEMU SEORANG WANITA YANG BERWAJH MIRIP RAKANNYA.
DIA BERTANYA KEPADA RAKANNYA APA WANITA ITU
BUAT DI SITU. WANITA ITU TERUS MENARIK LENGANNYA SAMBIL BERKATA DIA
DATANG UNTUK BERHIBUR. APABILA DIA MASUK KE DALAM PUSAT HIBURAN ITU, ALANGKAH
TERKEJUTNYA DIRINYA KERANA DIA SEAKAN-AKAN BERADA DALAM SEBUAH FILEM LAMA.
SEMUA ORANG DI DALAM PUSAT HIBURAN ITU BERPAKAIAN GAYA LAMA SEPERTI PADA ZAMAN 60-AN DAN 70-AN...
70's |
SAMPAI SITU SAHAJA YANG SEMPAT AKU TULIS. JIKA AKU MEMPUNYAI IDEA BARU, AKU AKAN MENYAMBUNG CERITA INI DAN MENGHANTARNYA DI LAMAN BLOG AKU YANG BARU IAITU 'STAND OUT WRITING'. AKU HARAP PEMBACA SEMUA SUDI MEMBACA LAMAN BLOG AKU YANG BARU ITU UNTUK MENGETAHUI SAMBUNGAN CERITA TERSEBUT.
APAKAH RANTAI ITU SEBENARNYA? DARI MANA DATANGNYA RANTAI ITU? DI MANAKAH DIA BERADA SELEPAS MENGHILANGKAN DIRI? SEGALA-GALANYA AKAN TERJAWAB DI LAMAN BLOG STAND OUT WRITING. WASSALAM..
No comments:
Post a Comment