Tuesday, 31 March 2015

EIFFEL TOWER, I'M IN LOVE

HELLO SEMUA!
SEMPENA DENGAN TAHUN KE-126 PEMBUKAAN SECARA RASMI MENARA EIFFEL PADA HARI INI, AKU NAK KONGSIKAN KEPADA PEMBACA SEMUA TENTANG MENARA CINTA INI. PASTI PEMBACA SEMUA TAHU KAN BAHAWA MENARA EIFFEL TERLETAK DI KOTA CINTA METROPOLITAN IAITU PARIS, PERANCIS. KOTA INI DIKATAKAN SANGAT SESUAI UNTUK DIKUNJUNGI OLEH PASANGAN YANG BERCINTA DAN BARU BERKAHWIN UNTUK BERBULAN MADU. SESUAI DENGAN GELARAN YANG DIBERI, KOTA INI MEMPUNYAI CUACA DAN PANORAMA YANG INDAH.

PEMANDANGAN KOTA PARIS DARI LENSA KAMERA
MENARA EIFFEL DIBINA DI ATAS SEBUAH RUANG HIJAU AWAM YANG DINAMAKAN CHAMP DE MARS. KENAPA DINAMAKAN SEBEGITU? HAL INI KERANA CHAMP DE MARS MEMBAWA MAKSUD MEDAN MARS SESUAI DENGAN FUNGSI ASALNYA IAITU SEBAGAI KAWASAN PERBARISAN TENTERA ROM.

PADANG CHAMP DE MARS


MENARA SIMBOLIK CINTA INI DINAMAKAN EIFFEL BERSEMPENA DENGAN NAMA PERANCANG PEMBINAANNYA IAITU GUSTAVE EIFFEL. MENARA EIFFEL INI TERLETAK BERSEBELAHAN SUNGAI SEINE. MENARA INI DIBINA BERASASKAN SEPENUHNYA BESI DAN BERKETINGGIAN 300 METER SERTA DIATASNYA TERDAPAT ANTENA TELEVISYEN SETINGGI 24 METER. MENARA INI MERUPAKAN MENARA YANG TERTINGGI DAN PALING MENONJOL DI KOTA PARIS.

UKURAN MENARA EIFFEL
MENARA EIFFEL SANGAT TERKENAL DALAM KALANGAN PELANCONG DARI SEANTERO DUNIA. MENARA INI SANGAT TERKENAL KERANA PEMANDANGAN KOTA PARIS YANG INDAH DAPAT DILIHAT APABILA BERADA DI PUNCAK MENARA BESI INI. MENARA EIFFEL INI MENJADI LAMBANG ATAU SIMBOL KOTA PARIS SEBAGAI KOTA CINTA DAN METROPOLITAN. MENARA INI JUGA MERUPAKAN ANTARA MONUMEN YANG KERAP DIKUNJUNGI PELANCONG LEBIH DARIPADA 200 JUTA ORANG SEJAK IA DIBINA DAN DIRASMIKAN PADA TAHUN 1889.

PEMANDANGAN MENARA APABILA DILIHAT DARI TROCADERO KETIKA MATAHARI TERBIT
KAKI GERGASI MENARA EIFFEL
EIFFEL DILIHAT DARI SEBUAH LORONG
MENARA EIFFEL KETIKA DISAMBAR PETIR PADA 1902
MODEL KECIL MENARA CINTA EIFFEL
MENARA EIFFEL PADA WAKTU MALAM
MENARA INI DILIHAT DARI BAWAH
BAIKLAH SAMPAI DI SINI SAHAJA CORETAN PADA HARI INI. AKHIR KATA APABILA MELANCONG KE LUAR NEGARA, DON'T JUST 'EAT, PRAY, LOVE' BUT EAT THE BEAUTIFUL OF THE COUNTRY. SEKIAN, EUREKA!!

No comments: