BARU BEBERAPA HARI MENDAPAT LESEN P, SATU SEJARAH HIDUP YANG TIDAK AKAN AKU LUPAKAN TELAH BERLAKU. KERETA AKU TERLANGGAR KERETA AYAHKU SEMASA HENDAK MEMAKIR KERETAKU KE DALAM TEMPAT MELETAKKAN KENDERAAN DI RUMAHKU.
SEBELUM TU, AKU DAN ADIK LELAKI KECILKU PERGI KE KEDAI UNTUK MEMBELI KICAP YANG DIPESAN OLEH IBU. MUNGKIN MASA TU AKU TAK ADA MOOD ATAU MOOD AKU KURANG BAIK. PADA MULANYA AKU INGAT NAK NAIK MOTOR UNTUK KE KEDAI TAPI ADIK AKU TU BERIA-IA SANGAT NAK IKUT JADI TERPAKSALAH AKU NAIK KERETA.
SEMASA MAHU MENGELUARKAN KERETA DARI TEMPAT MELETAKKAN KERETA DI RUMAHKU, AKU SUDAH BERASA SESUATU YANG TIDAK BAIK AKAN BERLAKU. INI KERANA SEMASA MAHU MENGELUARKAN KERETA CERMIN SISI KANAN KERETAKU HAMPIR MELANGGAR PAGAR. HMM.. NASIB BAIKLAH AKU SEMPAT BUKA TINGKAP DAN MENOLAK PAGAR RUMAHKU AGAR LALUAN UNTUK KELUAR TERBUKA LUAS SEDIKIT UNTUK MENGELUARKAN KERETA AKU TU YANG TERSANGATLAH COMEL!
MUNGKIN TERBURU-BURU TIDAK SABAR MAHU MASUK KE DALAM RUMAH, JADI SEMASA MAHU MEMASUKKAN KERETA AKU TERLANGGAR SEDIKIT BELAKANG KERETA MYVI AYAHKU ITU. HABIS CALAR KERETA MY VI AYAHKU ITU. SUDAHLAH BARU DISERVIS KERETA ITU BEBERAPA MINGGU YANG LALU.
KERETA AKU YANG COMEL ITU PUN ADA JUGA CALAR. ENTAHLAH SEKARANG NI AKU RASA HOPELESS DAN TIADA MOOD LANGSUNG. AYAH AKU PUN TAK ADA LA PULA MARAH-MARAH SEPERTI SELALU. MUNGKIN DIA TAHU YANG AKU TIADA MOOD KOT.. APALAH NASIB BADAN.. AKU HARAP KEJADIAN SEPERTI INI TIDAK BERLAKU LAGI PADA DIRIKU DAN AHLI KELUARGA YANG LAIN.
KEJADIAN NI BETUL-BETUL MEMBERI KESAN DAN HIKMAH YANG MENDALAM SERTA PENGAJARAN KEPADA DIRIKU AGAR MEMANDU LEBIH BERHATI-HATI SELEPAS INI. SEKIAN..
No comments:
Post a Comment