Friday, 20 March 2015

HARI GEMBIRA SEDUNIA by GOOGLE

APA KHABAR DUNIA? SAYA DI SINI SIHAT SAHAJA. KORANG TAHU TAK HARI NI HARI APA? MEMANG BETUL HARI INI HARI JUMAAT, PENGHULU SEGALA HARI. TAPI YANG LEBIH PENTING LAGI SEBENARNYA HARI INI HARI GEMBIRA SEDUNIA BAK KATA ORANG INGGERIS INTERNATIONAL DAY OF HAPPINESS.

SEMPENA HARI GEMBIRA SEDUNIA NI AKU NAK BERKONGSI DENGAN KORANG TENTANG SATU TEMPAT YANG MENARIK DAN WAJIB DIKUNJUNGI OLEH SEMUA ORANG TAK KIRA UMUR, JANTINA ATAU AGAMA UNTUK MEWUJUDKAN PERASAAN BAHAGIA BERSAMA ORANG YANG TERSAYANG.

TEMPAT YANG AKU MAKSUDKAN INI IALAH ALIVE 3D ART GALLERY YANG TERLETAK DI LUKUT, PORT DICKSON. SEMALAM AKU ADA MELAWAT KE MUZIUM INI BERSAMA KELUARGA KETIKA BERCUTI DI PORT DICKSON.

DI DALAM MUZIUM INI TERDAPAT PELBAGAI POTRET ATAU LUKISAN YANG SEKALI PANDANG NAMPAK SEAKAN-AKAN WUJUD DAN HIDUP. BANYAK JUGAK GAMBAR YANG AKU AMBIL DI LUKISAN -LUKISAN TERSEBUT.

ANTARA LUKISAN YANG TERDAPAT DI DALAM MUZIUM 3D INI IALAH WATAK ANIMASI POPULAR SEPERTI SPIDERMAN DAN KING KONG. ADA JUGA POTRET SELEBRITI ANTARABANGSA YANG TERKENAL SEPERTI MARILYN MONROE.

MEMANG RUGILAH SESIAPA YANG KALAU PERGI KE PORT DICKSON TAK KE MUZIUM INI. SANGAT-SANGAT RUGI. KENAPA? SEBAB MUZIUM INI SANGAT SESUAI DILAWATI OLEH SEISI KELUARGA YANG INGIN MERAPATKAN SILATURRAHIM SESAMA MEREKA.

URGHH.. BERATNYA MENARA NI!!

HOLLA! PERTANDINGAN COWBOY SEDUNIA

MEH MAKAN BURUNG!

ALAMAK KING KONG NAK MAKAN KEPALA AKU!!

WITH THE GORGEOUS MARILYN MONROE

MENJADI SANTAPAN SERIGALA


KESIMPULANNYA, BANYAK PENGALAMAN BARU YANG AKU DAPAT SEMASA MELAWAT MUZIUM 3D INI. AKU JUGA BERASA SANGAT GEMBIRA DI SAMPING KELUARGA SETELAH MELAWAT MUZIUM INI. AKU HARAP KORANG PUN DAPAT MELUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA MELAWAT MUZIUM 3D INI.

SEKIAN. HOLLA!!

No comments: