PADA HARI INI AKU NAK KONGSIKAN TENTANG BEBERAPA LAGU DAN MUZIK VIDEONYA YANG BARU DIRILISKAN BEBERAPA HARI YANG LALU. BERCAKAP PASAL LAGU INI AKU NAK KONGSIKAN BEBERAPA GENRE MUZIK YANG SERING KITA DENGAR DI RADIO. ANTARANYA GENRE POP, BALADA, ROCK DAN YANG TERBARU K-POP. LAGU-LAGU BERGENRE INI SERING DIPUTARKAN DI RADIO TERUTAMANYA DI MALAYSIA.
SETIAP ORANG PASTI ADA LAGU KEGEMARANNYA YANG TERSENDIRI. BEGITU JUGA AKU. BARU-BARU INI AKU ADA MENDENGAR DAN MELIHAT MUZIK VIDEO TERBARU NYANYIAN MEGHAN TRAINOR YANG BERTAJUK DEAR FUTURE HUSBAND. LAGU INI SANGAT ENAK DIDENGARI KERANA SUARA MEGHAN YANG MERDU SEAKAN-AKAN MENDENGAR LAGU LAMA PULA APABILA MENDENGAR LAGU INI. LAGU INI BERKISARKAN SEORANG WANITA MUDA YANG MEMBERI NASIHAT DAN AMARAN KEPADA BAKAL SUAMINYA BERKAITAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON SUAMI UNTUK MENGEKALKAN HUBUNGAN MEREKA SEBAGAI SUAMI DAN ISTERI SELEPAS BERKAHWIN NANTI.
COVER ALBUM DEAR FUTURE HUSBAND |
MEGHAN MENJADI PEMBANTU RUMAH DALAM MUZIK VIDEO DEAR FUTURE HUSBAND |
MEGHAN BERPAKAIAN ALA ERA 70-AN DALAM DEAR FUTURE HUSBAND |
MEGHAN MENARI DALAM MUZIK VIDEO TERSEBUT |
SETERUSNYA AKU NAK KONGSIKAN TENTANG SATU LAGU YANG SUDAH LAMA DIPUTARKAN DI RADIO-RADIO MALAYSIA TETAPI MUZIK VIDEONYA BARU DIRILISKAN BARU-BARU INI NYANYIAN GADIS KACUKAN CINA IAITU ELIZABETH TAN. LAGUNYA BERTAJUK KNOCK KNOCK. LAGU INI BERKISARKAN TENTANG SEORANG GADIS YANG MEMBERI AMARAN ATAU LEBIH TEPAT LAGI SYARAT-SYARAT KEPADA KEKASIHNYA JIKA MEREKA MAHUKAN HUBUNGAN YANG BERPANJANGAN.
ELIZABETH MENJADI SEORANG PELAYAN RESTORAN DALAM MV KNOCK KNOCK |
ELIZABETH KELIHATAN MENAWAN SEBAGAI SEORANG PELAYAN RESTORAN |
SALAH SATU SCENE DALAM M.V. TERSEBUT |
LAGU KETIGA YANG DIGEMARIKU IALAH LAGU TERBARU DARI KUMPULAN K-POP TERKENAL IAITU MISS A. LAGUNYA BERTAJUK ONLY YOU. MISS A ADALAH SALAH SATU DARIPADA KUMPULAN K-POP YANG AKU MINATI. LAGU TERBARU MEREKA INI SANGAT SEDAP DIDENGARI. LAGU ITU BERKISARKAN TENTANG SEORANG PEREMPUAN YANG SANGAT SETIA KEPADA KEKASIH HATINYA. BAGINYA KEKASIHNYA ITU TIADA CALANG PENGGANTI.
SALAH SATU KOREOGRAFI LAGU INI |
SCENE DI KELAB MALAM |
SCENE DI JALANAN |
MV INI BERLATARBELAKANGKAN KOTA NEW YORK |
MEREKA SEDANG DIPERHATIKAN LELAKI MISTERI |
DAN LAGU YANG TERAKHIR YANG AKU INGIN KONGSIKAN IALAH LAGU COVER OLEH PENYANYI BERHIJAB YANG BERASAL DARI MALAYSIA DAN KINI SEDANG MENGEMBANGKAN SAYAPNYA DI AMERIKA SYARIKAT TAK LAIN TAK BUKAN YUNALIS ZARAI. YUNA MERUPAKAN 'INDEPENDENT ARTIST' DI SANA DI BAWAH NAUNGAN SYARIKAT RAKAMAN TERKEMUKA VERVE RECORDS. LAGU YANG AKU MAKSUDKAN IALAH LAGU STRAWBERRY LETTER 23, NYANYIAN ASAL OLEH KUMPULAN 70-AN, THE BROTHERS JOHNSON. LAGU INI SANGAT SEDAP DINYANYIKAN SEMULA OLEH YUNA DENGAN CARANYA YANG TERSENDIRI DAN SUARANYA YANG UNIK. LAGU INI DICIPTA SEMULA KHAS UNTUK IKLAN KOMERSIAL JENAMA PAKAIAN H&M.
ITU SAHAJA DARIPADA AKU BUAT MASA INI. DIHARAPKAN DAPAT BERTEMU LAGI DENGAN PENULISAN-PENULISAN YANG MENARIK.
SEKIAN.. EUREKAA!!
No comments:
Post a Comment