Monday, 16 March 2015

NA NA NA NA NA.. GANU KITA..

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
HARI INI AKU NAK BERKONGSI CERITA TENTANG DUA ADIKKU YANG MENGIKUTI LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN BERAMAL KE TERENGGANU DAN NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG TAK LAIN TAK BUKAN NEGERI KELANTAN.

DUA ADIKKU ITU TELAH MENGIKUTI LAWATAN ITU PADA HARI JUMAAT DAN BARU PULANG PADA PAGI TADI JAM DUA PAGI. BANYAK SUNGGUH CERITA YANG DISAMPAIKAN OLEH DUA ORANG ADIKKU ITU SETELAH PULANG. ANTARANYA PERISTIWA BURUK YANG BERLAKU KEPADA MEREKA IAITU MENGALAMI DEMAM DAN PENING KEPALA SEMASA MENGIKUTI LAWATAN ITU.

MEREKA MEMBUAT LAWATAN KE NEGERI KELANTAN DAHULU DAN SETERUSNYA KE NEGERI TERENGGANU. BANYAK PENGALAMAN BARU DAN ILMU YANG MEREKA PEROLEHI SEMASA LAWATAN. ANTARANYA MEREKA DAPAT MELAWAT RUMAH KEDIAMAN ARWAH TOK GURU NIK AZIZ. DI SITU MEREKA DAPAT BERAMAH MESRA BERSAMA ANAK MENANTU DAN ISTERI ARWAH TOK GURU.

SELEPAS ITU, MEREKA JUGA SEMPAT MEMBELI BELAH DI PASAR WAKAF CHE YEH. KATA MEREKA DI SITU TERDAPAT BANYAK BARANGAN DAN CENDERAMATA YANG DIJUAL DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN.

SEMASA DI KUALA TERENGGANU, MEREKA MENGUNJUNGI TAMAN TAMADUN ISLAM. DI SITU TERDAPAT BANYAK MONUMEN MASJID DARI SERATA DUNIA TERMASUK MASJIDIL HARAM DI MEKAH. MEREKA JUGA SEMPAT BERSOLAT DI MASJID KRISTAL YANG TERLETAK TIDAK JAUH DARI TAMAN TAMADUN ISLAM.

MASJID KRISTAL


MEREKA JUGA SEMPAT MENGUNJUNGI PASAR PAYANG UNTUK MEMBELI BELAH CENDERAMATA UNTUK DIBAWA PULANG. SELEPAS ITU MEREKA ADA MENGUNJUNGI KAMPUNG LOSONG YANG DIKATAKAN SEBAGAI SYURGA KEROPOK LEKOR KERANA HAMPIR 3/4 DARIPADA PENDUDUK KAMPUNG ITU YANG BERNIAGA KEROPOK LEKOR. KEROPOK LEKOR MEREKA JUGA ASLI DAN 100% BUATAN SENDIRI. KEROPOK LEKOR MEREKA DIPROSES SENDIRI DAN ISINYA 100% IKAN TANPA CAMPURAN TEPUNG. ADIK AKU ADA MEMBELI SEBUNGKUS KEROPOK LEKOR DI SITU.

SEBELUM PULANG ADIK AKU ADA SINGGAH BERSOLAT DI MASJID TERAPUNG DI KUALA TERENGGANU. DI SITU JUGA TERDAPAT BANYAK CENDERAMATA KATANYA. ADIKKU ITU SEMPAT MEMBELI BELAH DI SITU.

MASJID TERAPUNG, KUALA TERENGGANU


PADA PAGI TADI ADIK AKU ADA MEMBERIKAN CENDERAMATA KEPADA AHLI KELUARGA YANG LAIN. MEREKA MEMBERIKAN DUA KEYCHAIN KEPADAKU. SATU KEYCHAIN DARI KELANTAN DAN SATU KEYCHAIN LAGI DARI TERENGGANU. LAIN PULA DENGAN ADIKKU YANG PALING KECIL ITU MENERIMA BANYAK CENDERAMATA TERMASUK BAJU KERANA HARI JADINYA PADA HARI SEMALAM. CENDERAMATA ITU DIKIRA SEBAGAI HADIAH HARI JADI JUGALAH.

APABILA MENDENGAR CERITA MEREKA AKU JADI TERINGIN PULA UNTUK KE NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG DAN SEKALI LAGI MENJEJAKKAN KAKI KE KUALA TERENGGANU. JIKA DIBERI PELUANG, AKU TERINGIN SANGAT NAK PERGI KE SANA.

INI SAHAJA CORETAN BUAT KALI INI DAN HARAP BERJUMPA LAGI. SALAM CUTI-CUTI MALAYSIA DAN SENYUM SOKMO..

No comments: