WAKTU DALAM PERJALANAN, AKU RASA SERONOK SANGAT. TAK SABAR RASANYA NAK SAMPAI KE KAMPUNG HALAMANKU YANG SUDAH LAMA AKU TIDAK KUNJUNGI. RASANYA HAMPIR BERBULAN-BULAN JUGALAH. SEINGAT AKU, KALI TERAKHIR AKU PULANG KE KAMPUNG PADA HARI RAYA TAHUN LEPAS. DAH LAMA TU. SEBAB TU LAH AKU RASA SANGAT RINDU KAT WAN DAN ATUK AKU DI KAMPUNG.
TAK ADA APA-APA PUN YANG MENARIK SEMASA DALAM PERJALANAN. CUMA KITA ORANG ADA LAH JUGA BERHENTI KAT PETRONAS SEREMBAN. SEMASA AYAH AKU MENGISI MINYAK, AKU DAN ADIK-ADIKKU SEMPAT PERGI MENYINGGAH KE KEDAI SERBANEKA KAT PETRONAS TU. KEBETULAN KAT SITU ADA JUAL JAGUNG DALAM CAWAN. AKU SANGAT SUKA MAKAN JAGUNG DALAM CAWAN. SANGAT SEDAP DIMAKAN DAN MANIS DICAMPUR SUSU DAN MENTEGA. MEMANG SEDAP DIMAKAN KETIKA DALAM PERJALANAN.
CORN CUP |
DI KAMPUNG AKU BUAT AKTIVITI KAMPUNG SEPERTI BIASA MACAM BERBORAK-BORAK ATAU BERAMAH MESRA DENGAN ATUK, WAN DAN SANAK SAUDARA YANG LAIN. BANYAK JUGALAH CERITA YANG DIKEUDARAKAN. MAKLUM SAJALAH SUDAH LAMA TIDAK BERKUMPUL SEPERTI ITU. LAMA TIDAK JUMPA LAH KATAKAN..
PEJAM CELIK PEJAM CELIK, KAMI SEKELUARGA PERLU PULANG PADA HARI INI SELEPAS SOLAT ZOHOR. MESTI KORANG TERTANYA-TANYA KAN KENAPA KITA ORANG PULANG AWAL SANGAT? SEBAB ADIK PEREMPUAN AKU PERLU PULANG KE ASRAMANYA ESOK. JADI KENALAH BALIK AWAL UNTUK BAGI PERSIAPAN KEPADA ADIKKU ITU MENGEMAS PAKAIAN DAN PERALATAN PEMBELAJARANNYA UNTUK DIBAWA PULANG KE ASRAMA.
BAIKLAH SAMPAI SITU SAJA PENULISANKU BUAT KALI INI. AKU NAK CEPAT UNTUK MENUNAIKAN SOLAT ISYAK DAN MASUK TIDUR MENGHILANGKAN KEPENATAN.
BYE.. SELAMAT MALAM!
No comments:
Post a Comment