PERJALANAN KE SEKOLAHKU MEMAKAN MASA HAMPIR SATU JAM SETENGAH. HAL INI DISEBABKAN SEKOLAHKU TERLETAK DI KUALA LUMPUR. JAUHKAN SEKOLAH AKU DARI RUMAH? MAKLUM SAHAJALAH AKU BERSEKOLAH DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH.
SETIBANYA AKU DI SEKOLAH, AKU TERUS MENCARI GURU KELASKU UNTUK MENDAPATKAN SLIP KEPUTUSAN SPM KU. KETIKA AKU MENCARI GURU KELASKU, AKU ADA TERJUMPA RAKAN-RAKAN SEKELAS DAN SATU BATCH DENGANKU. MEREKA ADA BERTANYA APA KEPUTUSANKU TETAPI AKU MENJAWAB BELUM MENGAMBIL SLIP PEPERIKSAANKU LAGI KERANA AKU DATANG LEWAT. MAKLUM SAHAJALAH KETIKA AKU SAMPAI JAM SUDAH MENUNJUKKAN PUKUL 12.10 TENGAHARI. MAJLIS SEMPENA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM PUN SUDAH TAMAT KETIKA AKU SAMPAI DI SEKOLAH. RAKAN-RAKANKU RAMAI SUDAH BERKUMPUL DI TEPI DEWAN BERBUAL-BUAL TENTANG KEPUTUSAN MEREKA.
AKU TERUS MELIHAT SLIP PEPERIKSAANKU APABILA BERTEMU DENGAN GURU KELASKU YANG KETIKA ITU SEDANG MAKAN DI KANTIN. AKU BERASA SANGAT KECEWA DENGAN KEPUTUSAN YANG AKU PEROLEH. KORANG NAK TAHU APA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM KU? AKU HANYA BERJAYA MEMPEROLEHI 4A 5B. AKU MENDAPAT A DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, PENDIDIKAN ISLAM DAN MATEMATIK. SEMUANYA SUBJEK TERAS. SUBJEK ELEKTIF YANG LAINNYA AKU MENDAPAT GRED B TERMASUKLAH SUBJEK KESUKAANKU, SEJARAH (B+).
AKU TIDAK SEMPAT BERBUAL-BUAL PANJANG DENGAN RAKAN-RAKANKU KERANA IBU BAPAKU SEDANG MENUNGGU DI DALAM KERETA. AKU JUGA TAK SEMPAT BERTANYA KEPADA RAKAN-RAKANKU SIAPA YANG MENDAPAT STRAIGHT A+, SEKOLAH MENDAPAT NOMBOR BERAPA DALAM KALANGAN SEKOLAH SBP DAN BERMACAM-MACAM LAGI. AKU HANYA DATANG SEKEJAP JE DI SEKOLAH. LEBIH KURANG PUKUL 12.30 TENGAHARI AKU TERUS PULANG KE RUMAH.
SETIBANYA DI RUMAH AKU TERUS MELAYARI INTERNET. KORANG NAK TAHU SEKOLAH AKU DAPAT NOMBOR BERAPA DALAM KALANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH? JENG JENG JENG.. SEKOLAH AKU BERJAYA MENDAPAT NOMBOR ENAM DI PERINGKAT SBP, NOMBOR SATU DI KUALA LUMPUR DAN DUA ORANG PELAJAR MENDAPAT STRAIGHT A+. SEORANG CINA DAN SEORANG MELAYU.
ESOKNYA PULA, AKU ADA UJIAN ULANGAN UNTUK MOTOSIKAL DI TREK. AKU BERASA SANGAT BERDEBAR KETIKA MENUNGGU GILIRANKU DIUJI OLEH PEGAWAI JPJ. KETIKA UJIAN MOTOSIKAL PERTAMAKU YANG AKU AMBIL PADA BULAN LEPAS, AKU GAGAL DI BAHAGIAN TITI. JADI AKU BERASA SANGAT TAKUT KETIKA ITU KERANA BAHAGIAN TREK PERTAMA YANG DIUJI DAHULU ADALAH DI BAHAGIAN TITI. JIKA AKU GAGAL DI BAHAGIAN TITI, AKU AKAN DIKIRA GAGAL UNTUK SEMUA UJIAN DI BAHAGIAN TREK.
YES! KETIKA NAMAKU DIPANGGIL UNTUK BERSEDIA, AKU TERUS MEMBUAT RSM PADA MOTOSIKALKU. APA ITU RSM? RSM TU BERMAKSUD RUTIN SEBELUM MENUNGGANG. KETIKA MENAIKI TITI, AKU BERASA SANGAT GEMENTAR. ADAKALANYA AKU BERASA MOTOSIKALKU AKAN JATUH. TETAPI BERBEKALKAN SEMANGAT YANG KENTAL, AKU BERJAYA JUGA MELEPASI 'TITI MAUT' TERSEBUT.
SELEPAS ITU, UJIAN DI BAHAGIAN TREK YANG LAIN AKU BERJAYA LEPASI DENGAN MUDAH. ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA AKU BOLEH JUGA MENDAPATKAN LESEN P...
UJIAN TITI |
No comments:
Post a Comment