Thursday, 5 March 2015

YESS!! AKHIRNYA LULUS!

BARU-BARU INI KEPUTUSAN SPM TELAH KELUAR. AKU BERASA SANGAT BERDEBAR-DEBAR SEMASA DALAM PERJALANAN KE SEKOLAHKU. KEPUTUSAN SPM KELUAR PADA PUKUL 10 PAGI. AKU BERTOLAK DARI RUMAH KIRA-KIRA PADA PUKUL 11 PAGI. MAKLUM SAHAJALAH, TIADA TRANSPORT. JADI AKU KENALAH TUNGGU IBU BAPA AKU PULANG DARI TEMPAT KERJA.

PERJALANAN KE SEKOLAHKU MEMAKAN MASA HAMPIR SATU JAM SETENGAH. HAL INI DISEBABKAN SEKOLAHKU TERLETAK DI KUALA LUMPUR. JAUHKAN SEKOLAH AKU DARI RUMAH? MAKLUM SAHAJALAH AKU BERSEKOLAH DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH.

SETIBANYA AKU DI SEKOLAH, AKU TERUS MENCARI GURU KELASKU UNTUK MENDAPATKAN SLIP KEPUTUSAN SPM KU. KETIKA AKU MENCARI GURU KELASKU, AKU ADA TERJUMPA RAKAN-RAKAN SEKELAS DAN SATU BATCH DENGANKU. MEREKA ADA BERTANYA APA KEPUTUSANKU TETAPI AKU MENJAWAB BELUM MENGAMBIL SLIP PEPERIKSAANKU LAGI KERANA AKU DATANG LEWAT. MAKLUM SAHAJALAH KETIKA AKU SAMPAI JAM SUDAH MENUNJUKKAN PUKUL 12.10 TENGAHARI. MAJLIS SEMPENA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM PUN SUDAH TAMAT KETIKA AKU SAMPAI DI SEKOLAH. RAKAN-RAKANKU RAMAI SUDAH BERKUMPUL DI TEPI DEWAN BERBUAL-BUAL TENTANG KEPUTUSAN MEREKA.

AKU TERUS MELIHAT SLIP PEPERIKSAANKU APABILA BERTEMU DENGAN GURU KELASKU YANG KETIKA ITU SEDANG MAKAN DI KANTIN. AKU BERASA SANGAT KECEWA DENGAN KEPUTUSAN YANG AKU PEROLEH. KORANG NAK TAHU APA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM KU? AKU HANYA BERJAYA MEMPEROLEHI 4A 5B. AKU MENDAPAT A DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, PENDIDIKAN ISLAM DAN MATEMATIK. SEMUANYA SUBJEK TERAS. SUBJEK ELEKTIF YANG LAINNYA AKU MENDAPAT GRED B TERMASUKLAH SUBJEK KESUKAANKU, SEJARAH (B+).

AKU TIDAK SEMPAT BERBUAL-BUAL PANJANG DENGAN RAKAN-RAKANKU KERANA IBU BAPAKU SEDANG MENUNGGU DI DALAM KERETA. AKU JUGA TAK SEMPAT BERTANYA KEPADA RAKAN-RAKANKU SIAPA YANG MENDAPAT STRAIGHT A+, SEKOLAH MENDAPAT NOMBOR BERAPA DALAM KALANGAN SEKOLAH SBP DAN BERMACAM-MACAM LAGI. AKU HANYA DATANG SEKEJAP JE DI SEKOLAH. LEBIH KURANG PUKUL 12.30 TENGAHARI AKU TERUS PULANG KE RUMAH.

SETIBANYA DI RUMAH AKU TERUS MELAYARI INTERNET. KORANG NAK TAHU SEKOLAH AKU DAPAT NOMBOR BERAPA DALAM KALANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH? JENG JENG JENG.. SEKOLAH AKU BERJAYA MENDAPAT NOMBOR ENAM DI PERINGKAT SBP, NOMBOR SATU DI KUALA LUMPUR DAN DUA ORANG PELAJAR MENDAPAT STRAIGHT A+. SEORANG CINA DAN SEORANG MELAYU.

ESOKNYA PULA, AKU ADA UJIAN ULANGAN UNTUK MOTOSIKAL DI TREK. AKU BERASA SANGAT BERDEBAR KETIKA MENUNGGU GILIRANKU DIUJI OLEH PEGAWAI JPJ. KETIKA UJIAN MOTOSIKAL PERTAMAKU YANG AKU AMBIL PADA BULAN LEPAS, AKU GAGAL DI BAHAGIAN TITI. JADI AKU BERASA SANGAT TAKUT KETIKA ITU KERANA BAHAGIAN TREK PERTAMA YANG DIUJI DAHULU ADALAH DI BAHAGIAN TITI. JIKA AKU GAGAL DI BAHAGIAN TITI, AKU AKAN DIKIRA GAGAL UNTUK SEMUA UJIAN DI BAHAGIAN TREK.

YES! KETIKA NAMAKU DIPANGGIL UNTUK BERSEDIA, AKU TERUS MEMBUAT RSM PADA MOTOSIKALKU. APA ITU RSM? RSM TU BERMAKSUD RUTIN SEBELUM MENUNGGANG. KETIKA MENAIKI TITI, AKU BERASA SANGAT GEMENTAR. ADAKALANYA AKU BERASA MOTOSIKALKU AKAN JATUH. TETAPI BERBEKALKAN SEMANGAT YANG KENTAL, AKU BERJAYA JUGA MELEPASI 'TITI MAUT' TERSEBUT.

SELEPAS ITU, UJIAN DI BAHAGIAN TREK YANG LAIN AKU BERJAYA LEPASI DENGAN MUDAH. ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA AKU BOLEH JUGA MENDAPATKAN LESEN P...

UJIAN TITI 
 

Sunday, 22 February 2015

SERIKAN SENIMU DENGAN SHARPIEE!!

HALUU.. SELAMAT PAGI SEMUA..
HARI INI AKU INGIN BERKONGSI SATU CERITA TENTANG IDEA TERBARUKU. MAKLUM SAHAJALAH, SEKARANG NI AKU TENGAH CUTI MENUNGGU RESULT SPM. JADI MASA AKU BANYAK TERBUANG BEGITU SAHAJA TANPA BERBUAT APA-APA. MULALAH OTAK AKU NI LIGAT BERFIKIR MENGELUARKAN IDEA-IDEA YANG KADANG-KADANG TAK MASUK AKAL UNTUK MENGISI MASA LAPANG.

SO, AKU ADA TERFIKIR UNTUK MENCANTIKKAN PINTU ALMARI BUKUKU BIAR SEJUK MATA MEMANDANG. OTAK AKU ADA TERLINTAS UNTUK MENGGUNAKAN PEN SHARPIE UNTUK MENJAYAKAN MISI AKU NI. JADI SEMALAM SEMASA MENEMANI ADIKKU KE KEDAI AKU ADA TERJUMPA PEN SHARPIE DAN MEMUTUSKAN UNTUK MEMBELI PEN SHARPIE BERWARNA EMAS LOGAM DAN PERAK LOGAM.

AKU BERASA WARNA INI SESUAI UNTUK MISIKU INI KERANA WARNANYA YANG MENGHASILKAN KILAUAN. BLINK-BLINK GITU!

SHARPIE GOLD, SILVER AND BRONZE




KORANG MESTI TERTANYA-TANYAKAN APA CORAK ATAU DESIGN YANG AKU NAK BUAT PADA PINTU ALMARI BUKU AKU TU KAN?? AKU INGAT NAK CAMPURKAN BEBERAPA DESIGN YANG AKU JUMPA DI INTERNET UNTUK DIJADIKAN SATU LUKISAN YANG BERVARIASI PADA PINTU ALMARI BUKUKU ITU. ANTARA DESIGN YANG INGIN AKU GUNAKAN UNTUK DILUKIS DAN DIWARNAKAN PADA PINTU ALMARI BUKUKU ITU IALAH:

AKU INGAT NAK LUKIS GAMBAR BUNGA INI DUA KALI DI PINTU ALMARI BUKUKU





+
CORAK BULAT-BULATAN SEPERTI INI DENGAN SAIZ YANG BERBEZA






+
AKSESORI D.I.Y BERBENTUK HURUF







AKU HARAP GABUNGAN DESIGN-DESIGN INI MEMBENTUK SATU LUKISAN YANG MENARIK LAGI MELETOPP!! HEHE.. OK.. SAMPAI SINI DAHULU PERKONGSIANKU. JIKA ADA PERKEMBANGAN TERBARU TENTANG HASIL SENIKU AKAN AKU KONGSIKAN KEPADA KORANG SEMUA DALAM BLOG INI. SEKIAN..

Saturday, 21 February 2015

BALIK KAMPUNG.. OOO.. BALIK KAMPUNG..

SUDAH BEBERAPA HARI AKU TIDAK MENULIS DALAM BLOG INI. RASANYA SUDAH TIGA EMPAT HARI JUGA AKU TIDAK MENULIS APA-APA. NAK TAHU KENAPA? JENG.. JENG.. JENG.. SEBAB AKU DAN KELUARGA PULANG KE KAMPUNG DI NEGERI SEMBILAN. AKU SEKELUARGA BERTOLAK KE KAMPUNG PADA HARI JUMAAT WAKTU PAGI LEBIH KURANG JAM 11.00 PAGI.

WAKTU DALAM PERJALANAN, AKU RASA SERONOK SANGAT. TAK SABAR RASANYA NAK SAMPAI KE KAMPUNG HALAMANKU YANG SUDAH LAMA AKU TIDAK KUNJUNGI. RASANYA HAMPIR BERBULAN-BULAN JUGALAH. SEINGAT AKU, KALI TERAKHIR AKU PULANG KE KAMPUNG PADA HARI RAYA TAHUN LEPAS. DAH LAMA TU. SEBAB TU LAH AKU RASA SANGAT RINDU KAT WAN DAN ATUK AKU DI KAMPUNG.

TAK ADA APA-APA PUN YANG MENARIK SEMASA DALAM PERJALANAN. CUMA KITA ORANG ADA LAH JUGA BERHENTI KAT PETRONAS SEREMBAN. SEMASA AYAH AKU MENGISI MINYAK, AKU DAN ADIK-ADIKKU SEMPAT PERGI MENYINGGAH KE KEDAI SERBANEKA KAT PETRONAS TU. KEBETULAN KAT SITU ADA JUAL JAGUNG  DALAM CAWAN. AKU SANGAT SUKA MAKAN JAGUNG DALAM CAWAN. SANGAT SEDAP DIMAKAN DAN MANIS DICAMPUR SUSU DAN MENTEGA. MEMANG SEDAP DIMAKAN KETIKA DALAM PERJALANAN.

CORN CUP






SEBELUM TERLUPA, SELEPAS MENERUSKAN PERJALANAN, AKU, AYAHKU DAN ADIK LELAKIKU BERHENTI MENUNAIKAN SOLAT FARDHU JUMAAT DI SURAU YANG KEBETULAN JUMPA SEMASA DALAM PERJALANAN. SELEPAS SOLAT, AKU DAN KELUARGA MENERUSKAN PERJALANAN. KAMI TIBA PADA WAKTU PETANG LEBIH KURANG PUKUL TIGA. MASA PERJALANAN DARI RUMAH AKU KE KAMPUNG MENGAMBIL MASA SELAMA TIGA JAM TIDAK TERMASUK WAKTU SOLAT JUMAAT.

DI KAMPUNG AKU BUAT AKTIVITI KAMPUNG SEPERTI BIASA MACAM BERBORAK-BORAK ATAU BERAMAH MESRA DENGAN ATUK, WAN DAN SANAK SAUDARA YANG LAIN. BANYAK JUGALAH CERITA YANG DIKEUDARAKAN. MAKLUM SAJALAH SUDAH LAMA TIDAK BERKUMPUL SEPERTI ITU. LAMA TIDAK JUMPA LAH KATAKAN..

PEJAM CELIK PEJAM CELIK, KAMI SEKELUARGA PERLU PULANG PADA HARI INI SELEPAS SOLAT ZOHOR. MESTI KORANG TERTANYA-TANYA KAN KENAPA KITA ORANG PULANG AWAL SANGAT? SEBAB ADIK PEREMPUAN AKU PERLU PULANG KE ASRAMANYA ESOK. JADI KENALAH BALIK AWAL UNTUK BAGI PERSIAPAN KEPADA ADIKKU ITU MENGEMAS PAKAIAN DAN PERALATAN PEMBELAJARANNYA UNTUK DIBAWA PULANG KE ASRAMA.

BAIKLAH SAMPAI SITU SAJA PENULISANKU BUAT KALI INI. AKU NAK CEPAT UNTUK MENUNAIKAN SOLAT ISYAK DAN MASUK TIDUR MENGHILANGKAN KEPENATAN.

BYE.. SELAMAT MALAM!

Wednesday, 18 February 2015

PERCUBAAN PERTAMAKU by GATSBY

PETANG TADI AKU BERSAMA IBU DAN ADIK-ADIKKU PERGI KE PASAR RAYA GIANT UNTUK MEMBELI KEPERLUAN RUMAH. KEBETULAN PASAR RAYA GIANT TERLETAK BERDEKATAN DENGAN SEKOLAH ADIK LELAKIKU YANG AKU BERITAHU DULU. SEBUT PASAL ADIKKU SEORANG INI, AKU BERASA PELIK MENGAPA ADIKKU BERSEKOLAH PADA HARI INI PADAHAL SUDAH DIUMUMKAN BAHAWA CUTI UMUM BERMULA PADA HARI INI BAGI MENGHORMATI PERAYAAN TAHUN BARU CINA. ADAKAH SEKOLAH ADIKKU ITU TIDAK TAHU BAHAWA PADA HARI INI CUTI? ATAU ADAKAH PELAJARNYA YANG TERLEBIH RAJIN? ENTAHLAH.. SEGALA PERSOALAN BERMAIN DI MINDAKU. APA-APA PUN AKU INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA PENGUNJUNG BLOG AKU INI YANG BERBANGSA CINA.

KEMBALI KEPADA TOPIK ASAL, SEMASA AKU MEMBELI-BELAH DI PASAR RAYA GIANT, AKU ADA TERNAMPAK SATU JENAMA MINYAK WANGI IAITU GATSBY DI KAWASAN ALAT KECANTIKAN DIRI DI DALAM PASAR RAYA ITU. MINYAK WANGI BERJENAMA GATSBY INI MEMPUNYAI PELBAGAI JENIS BAU. AKU ADA MENCUBA BAU SETIAP JENIS MINYAK WANGI GATSBY INI. DAN AKU TELAH MEMUTUSKAN UNTUK MEMBELI MINYAK WANGI GATSBY SPARK EAU DE TOILETTE MEMANDANGKAN MINYAK WANGI KEPUNYAANKU DI RUMAH SUDAH HAMPIR HABIS ISINYA.

GATSBY SPARK




MINYAK WANGI GATSBY SPARK INI SANGAT WANGI BAUNYA DAN SESUAI DIPAKAI OLEH LELAKI REMAJA SEPERTIKU. HARUMANNYA MENGGABUNGKAN BAU BUNGA SITRUS SEGAR DAN BUNGA AMBER BERKAYU. IA SANGAT SESUAI UNTUK MEMBERIKAN AURA TENAGA ATAU ENERGETIK KEPADA SESEORANG YANG MEMAKAINYA. TIDAK SABAR RASANYA UNTUK MENCUBA MINYAK WANGI INI. AKU HARAP HARUMAN MINYAK WANGI INI MEMBERIKAN KESEGARAN DAN TIDAK JELEK DIBAU ORANG.

BAIKLAH, SAMPAI DI SINI SAJA CORETANKU BUAT MASA INI. AKU HARAP PENULISAN AKU INI AKAN MEMBERIKAN SEDIKIT MAKLUMAT YANG BERHARGA KEPADA PENGUNJUNG BLOG AKU INI TENTANG MINYAK WANGI BERJENAMA GATSBY. SEKIAN..

Saturday, 14 February 2015

USAHA MEMBUAHKAN HASIL!

HALUU..
FIRST OF ALL, AKU NAK BAGITAHU YANG AKU BERASA SANGAT GEMBIRA SEBAB USAHA AKU MENDATANGKAN HASIL YANG SANGAT CANTIK. KORANG NAK TAHU APA? KORANG INGAT TAK AKU PERNAH POST KAT BLOG NI TENTANG SATU IDEA YANG MELETOP TERCETUS DALAM MINDA AKU IAITU AKU NAK MELUKIS CORAK DI SEKELILING BINGKAI CERMIN AKU.

ALHAMDULILLAH, PROJEK YANG DIRANCANG SUDAH DIJALANKAN. SEKARANG NI, CERMIN DI DALAM BILIK TIDUR AKU SUDAH CANTIK AKU CORAKKAN DAN WARNAKAN DENGAN MENGGUNAKAN CORAK BERBENTUK BULATAN DAN WARNA "RED BRILLIANT".

TADI SEMASA MENEMANI ADIKKU KE KEDAI BUKU, AKU TERLIHAT BANYAK AKSESORI D.I.Y. KEBANYAKAN AKSESORI YANG DIJUAL DI SITU SANGAT CANTIK BELAKA. AKU MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MEMBELI SATU SET AKSESORI YANG BERBENTUK HURUF DAN MENGGUNAKAN PELEKAT. AKU MEMILIH AKSESORI BERBENTUK HURUF YANG SANGAT SIMPLE MEMANDANGKAN BILIK AKU ITU TERSANGATLAH RINGKAS.

AKU FIKIR NAK MENAMPAL HURUF-HURUF ITU DI SEKELILING BINGKAI CERMINKU SUPAYA TAMPAK LEBIH MENARIK DAN SEJUK MATA MEMANDANG. AKU TERFIKIR-FIKIR APAKAH PERKATAAN YANG INGIN AKU BENTUKKAN DENGAN MENGGUNAKAN AKSESORI BERBENTUK HURUF D.I.Y INI. AKU SUDAH MATI AKAL UNTUK MEMIKIRKAN PERKATAAN YANG INGIN AKU BENTUK.

INILAH CONTOH AKSESORI BERBENTUK HURUF D.I.Y.





SAMPAI SINI SAHAJA DULU CORETAN AKU BUAT MASA INI. AKU MEMERLUKAN MASA UNTUK MEMIKIRKAN PERKATAAN YANG PERLU AKU GUNAKAN UNTUK DITAMPAL DI SEKELILING BINGKAI CERMIN YANG TERDAPAT DI DALAM BILIKKU YANG TERSANGATLAH RINGKAS ITU. AKHIR KATA, MAJULAH SENI UNTUK NEGARA. HEHEHE..

Friday, 13 February 2015

PROJEK MENGISI WAKTU TERLUANG

ASSALAMUALAIKUM..
HARI NI ADA SATU KERJA PROJEK YANG TERCETUS DALAM MINDA AKU NI. PETANG TADI, SELEPAS SOLAT JUMAAT AKU DAN ADIKKU PERGI MENEMANI IBU AKU MENGHANTAR KERETA KE KEDAI UNTUK DISERVIS. LEPAS TU, AKU MENEMANI IBU AKU KE KEDAI BUKU. IBU AKU NAK MEMBELI BUKU LATIHAN MURID. MAKLUM SAHAJALAH IBU AKU ITU SEORANG GURU.

KETIKA IBU AKU SEDANG GIGIH MENCARI BUKU LATIHAN, AKU JUGA MENGGIGIHKAN DIRIKU UNTUK BERJALAN-JALAN MENELITI BARANG-BARANG YANG DIJUAL DI KEDAI ITU. YE LAH TAK MUNGKIN AKU NAK TUNGGU MAK AKU CARI BUKU YANG MUNGKIN MEMAKAN MASA YANG LAMA DENGAN TAK BERBUAT APA-APA.

SEMASA AKU BERJALAN-JALAN TU, AKU ADA TERJUMPA CAT AIR UNTUK KAIN FABRIK ATAU NAMA INGGERISNYA "FABRIC DYE". MASA TU AKU MULA TERFIKIR NAK BUAT SATU PROJEK UNTUK MENGISI WAKTU CUTI AKU NI DENGAN MENCANTIKKAN BILIK AKU YANG TERSANGATLAH "SIMPLE" ITU. AKU INGAT NAK CAT SEKELILING BINGKAI CERMIN YANG ADA KAT DALAM BILIK AKU TU. MAKLUM SAHAJALAH BINGKAI CERMIN KAT DALAM BILIK TIDUR AKU TU DIPERBUAT DARIPADA KAIN. AKU PILIH CAT AIR YANG BERWARNA "MERAH CERDIK" ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI BRILLIANT RED. WARNANYA SANGAT CANTIK DAN MENARIK SEAKAN-AKAN WARNA JINGGA.

NI LAH ANTARA WARNA FABRIC DYE.


SEKARANG NI AKU TENGAH BERFIKIR NAK BUAT DESIGN MACAM MANA KAT BINGKAI CERMIN AKU TU. AKU ADA CARI-CARI CONTOH DESIGN YANG MENARIK KAT INTERNET. TAPI SEMUA YANG AKU TENGOK CANTIK-CANTIK SANGAT. SAMPAI RAMBANG MATA DIBUATNYA! INILAH ANTARA CORAK-CORAK YANG MENARIK PERHATIAN AKU:

CORAK SERABUT





CORAK SELARI


CORAK DAUN/ BULAT


CORAK BULATAN KEMAS



CORAK LINTASAN




CORAK STRAWBERI





JADI YANG MANA PILIHAN KORANG? AKU TENGAH TAK ADA IDEA NI. OK LAH AKU NAK BERFIKIR DAHULU SAMPAI TERTIDUR. HARAP-HARAP IDEA DATANG MASA BERMIMPI NANTI. HEHE..

BYE-BYE!!

Thursday, 12 February 2015

KAMIK MAKAN MAGGI CAMPURAN KEJU. NYUM NYUM..

HULLA!
PAGI TADI AKU RASA SANGAT BOSAN DAN TERASA SANGATLAH LAPAR YANG AMAT. NAK TAHU KENAPA?? SEBAB AKU MALAS NAK BERSARAPAN. JUST MINUM MILO JE. ITU PUN SIKIT! TAK TAHULAH KEBELAKANGAN NI, TIME LEPAS HABIS SEKOLAH NI AKU RASA SANGATLAH MALAS NAK BERSARAPAN. MASA BERSEKOLAH DULU RAJIN LAH JUGA BERSARAPAN. MUNGKIN MASA TU AKU MASIH SEORANG PELAJAR JADI KENALAH BERSARAPAN UNTUK BAGI TENAGA SUPAYA TAK NGANTUK DI KELAS.

LEPAS MANDI PAGI TADI, AKU TERTENGOK RANCANGAN JUALAN MEE RAMYUN DI SALURAN GO SHOP. HMM.. MACAM SEDAP JE MEE TU MASA PENGACARA TU TEST MAKAN. RANCANGAN TU JUGA TUNJUKKAN CARA MEMASAK MEE RAMYUN TU SEKALI. MEE RAMYUN NI RUPANYA BOLEH DIMASAK DAN DICAMPURKAN DENGAN PELBAGAI MAKANAN SAMPINGAN MACAM UDANG, SAYUR DAN JUGA SOTONG. PENGACARA TU JUGA ADA LETAKKAN KEJU DALAM MEE TU. BILA PENGACARA TU MAKAN JE MEE RAMYUN YANG DIA MASAK TU JADI MELELEH AIR LIUR DAN LAPAR DIBUATNYA. NAK CALL BELI RASA MALU PULAK. TAK PERNAH AKU BELI BARANG MELALUI TV. RASA SEGAN PULAK!!

JADI AKU AMBIL KEPUTUSAN UNTUK MASAK SENDIRI MENGGUNAKAN MAGGI KARI. HILANG AKAL AGAKNYA AKU NI. TAK PERNAH DIBUAT ORANG! HEHEHE.. AKU MASAK SEKALI DUA BUNGKUS. TERKEJUT TAK?! HMM.. MACAM TU LAH JADINYA BILA PERUT DAH BERKERONCONG MEMAINKAN MUZIK ROCK! UNIKNYA MAGGI KARI AKU NI AKU LETAK KEJU.. AKU JUGA ADA LETAK SAYUR DAN CILI API.

NAK TAHU RASANYA? SANGAT SEDAP! TAPI KEJU YANG AKU LETAK TU TAK TERASA PUN. MUNGKIN KEJU TU DAH TERSERAP KE DALAM MEE MAGGI TU. KENYANG AKU DIBUATNYA MAKAN MAGGI YANG AKU MASAK NI. SAMPAI NASI AYAM YANG MAK AKU BELI TENGAHARI TADI AKU TAK USIK PUN.

TERINGIN AKU NAK BELI MEE RAMYUN TU. NAK CUBA RASANYA MACAM MANA. MACAM SEDAP JE AKU TENGOK KAT TV TU. OK LAH AKU NAK TAMATKAN PENULISAN AKU NI SAMPAI DI SINI DAHULU. GOOD BYE..