HOLA HOLA..
DAH LAMA AKU TAK TULIS KAT BLOG NI. LAST TIME AKU TULIS KAT BLOG NI MASA AKU FORM 2/2011. SEKARANG NI AKU DAH HABIS SEKOLAH DAN SEDANG MENUNGGU RESULT SPM. SERIUS!! PEJAM CELIK PEJAM CELIK MASA PERGI CEPAT SANGAT.. TAK PERASAN PUN DIRI NI SEMAKIN BERUSIA.
KORANG NAK TAHU TAK SEBAB APA AKU DAH LAMA SANGAT TAK TULIS KAT BLOG AKU YANG TERCINTA NI. JENG JENG JENG!! SEBAB LAST TIME AKU BUKA BLOG NI, BLOG AKU DISUSPEK DIJANGKITI VIRUS MALWARE. ITULAH SEBABNYA AKU TAKUT NAK BUKA BLOG NI, TAKUT KOMPUTER AKU KENA VIRUS!
KORANG NAK TAHU APA AKU BUAT MASA CUTI NI! MASA TERLUANG AKU ISI DENGAN AKTIVITI BIASA-BIASA JE! BARU-BARU NI AKU DAN KELUARGA SEMPAT PERGI BERCUTI DI PERAK DAN PENANG. CUTI-CUTI MALAYSIA LA KATAKAN..
LEPAS TU, AKU HABISKAN MASA AKU DENGAN MENONTON TV! AKU JUGA ADA MENGIKUTI KELAS MEMANDU KERETA DAN MOTOR. UNTUK PENGETAHUAN KORANG BARU-BARU NI AKU BARU SAJA MENGAMBIL UJIAN MEMANDU DAN AKU LULUS. TAPI UNTUK UJIAN MOTOR AKU GAGAL KAT LITAR. HMM... SEDIHNYA! SEKARANG NI AKU TENGAH TUNGGU PENGELUARAN LESEN P AKU UNTUK KERETA. LEPAS NI BOLEHLAH AKU BERBAHAGIA BERJALAN-JALAN BERSENDIRIAN KE SHOPPING COMPLEX ATAU TEMPAT LEPAK YANG MENARIK DENGAN KERETA AYAH AKU!
CAKAP PASAL MEMANDU KERETA NI, BARU SAJA TADI AKU LEPAS MENGAMBIL"UJIAN" BERSAMA AYAH KESAYANGANKU.. BUAT PERTAMA KALINYA, AKU MEMANDU KERETA AYAH AKU TU. AKU JUGA SEMPAT MEMANDU UNTUK MENGAMBIL ADIK AKU DI SEKOLAH. SEKOLAH ADIK AKU TU JAUH SIKIT DARI RUMAH, JADI AKU KIRANYA TERCABAR JUGA LA.. WALAU BAGAIMANAPUN AKU BERJAYA MENGAMBIL ADIK LELAKI AKU TU SAMBIL DITEMANI AYAH. FUHH.. LEGA! SAMPAI JUGA DI RUMAH. OKLAH, AKU DAH PENAT MENAIP. WAKTU MAGHRIB DAH NAK HABIS, JADI AKU NAK PERGI SOLAT CEPAT.
BUBYE!
No comments:
Post a Comment