Friday, 13 February 2015

PROJEK MENGISI WAKTU TERLUANG

ASSALAMUALAIKUM..
HARI NI ADA SATU KERJA PROJEK YANG TERCETUS DALAM MINDA AKU NI. PETANG TADI, SELEPAS SOLAT JUMAAT AKU DAN ADIKKU PERGI MENEMANI IBU AKU MENGHANTAR KERETA KE KEDAI UNTUK DISERVIS. LEPAS TU, AKU MENEMANI IBU AKU KE KEDAI BUKU. IBU AKU NAK MEMBELI BUKU LATIHAN MURID. MAKLUM SAHAJALAH IBU AKU ITU SEORANG GURU.

KETIKA IBU AKU SEDANG GIGIH MENCARI BUKU LATIHAN, AKU JUGA MENGGIGIHKAN DIRIKU UNTUK BERJALAN-JALAN MENELITI BARANG-BARANG YANG DIJUAL DI KEDAI ITU. YE LAH TAK MUNGKIN AKU NAK TUNGGU MAK AKU CARI BUKU YANG MUNGKIN MEMAKAN MASA YANG LAMA DENGAN TAK BERBUAT APA-APA.

SEMASA AKU BERJALAN-JALAN TU, AKU ADA TERJUMPA CAT AIR UNTUK KAIN FABRIK ATAU NAMA INGGERISNYA "FABRIC DYE". MASA TU AKU MULA TERFIKIR NAK BUAT SATU PROJEK UNTUK MENGISI WAKTU CUTI AKU NI DENGAN MENCANTIKKAN BILIK AKU YANG TERSANGATLAH "SIMPLE" ITU. AKU INGAT NAK CAT SEKELILING BINGKAI CERMIN YANG ADA KAT DALAM BILIK AKU TU. MAKLUM SAHAJALAH BINGKAI CERMIN KAT DALAM BILIK TIDUR AKU TU DIPERBUAT DARIPADA KAIN. AKU PILIH CAT AIR YANG BERWARNA "MERAH CERDIK" ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI BRILLIANT RED. WARNANYA SANGAT CANTIK DAN MENARIK SEAKAN-AKAN WARNA JINGGA.

NI LAH ANTARA WARNA FABRIC DYE.


SEKARANG NI AKU TENGAH BERFIKIR NAK BUAT DESIGN MACAM MANA KAT BINGKAI CERMIN AKU TU. AKU ADA CARI-CARI CONTOH DESIGN YANG MENARIK KAT INTERNET. TAPI SEMUA YANG AKU TENGOK CANTIK-CANTIK SANGAT. SAMPAI RAMBANG MATA DIBUATNYA! INILAH ANTARA CORAK-CORAK YANG MENARIK PERHATIAN AKU:

CORAK SERABUT





CORAK SELARI


CORAK DAUN/ BULAT


CORAK BULATAN KEMAS



CORAK LINTASAN




CORAK STRAWBERI





JADI YANG MANA PILIHAN KORANG? AKU TENGAH TAK ADA IDEA NI. OK LAH AKU NAK BERFIKIR DAHULU SAMPAI TERTIDUR. HARAP-HARAP IDEA DATANG MASA BERMIMPI NANTI. HEHE..

BYE-BYE!!

No comments: