Wednesday, 18 February 2015

PERCUBAAN PERTAMAKU by GATSBY

PETANG TADI AKU BERSAMA IBU DAN ADIK-ADIKKU PERGI KE PASAR RAYA GIANT UNTUK MEMBELI KEPERLUAN RUMAH. KEBETULAN PASAR RAYA GIANT TERLETAK BERDEKATAN DENGAN SEKOLAH ADIK LELAKIKU YANG AKU BERITAHU DULU. SEBUT PASAL ADIKKU SEORANG INI, AKU BERASA PELIK MENGAPA ADIKKU BERSEKOLAH PADA HARI INI PADAHAL SUDAH DIUMUMKAN BAHAWA CUTI UMUM BERMULA PADA HARI INI BAGI MENGHORMATI PERAYAAN TAHUN BARU CINA. ADAKAH SEKOLAH ADIKKU ITU TIDAK TAHU BAHAWA PADA HARI INI CUTI? ATAU ADAKAH PELAJARNYA YANG TERLEBIH RAJIN? ENTAHLAH.. SEGALA PERSOALAN BERMAIN DI MINDAKU. APA-APA PUN AKU INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA PENGUNJUNG BLOG AKU INI YANG BERBANGSA CINA.

KEMBALI KEPADA TOPIK ASAL, SEMASA AKU MEMBELI-BELAH DI PASAR RAYA GIANT, AKU ADA TERNAMPAK SATU JENAMA MINYAK WANGI IAITU GATSBY DI KAWASAN ALAT KECANTIKAN DIRI DI DALAM PASAR RAYA ITU. MINYAK WANGI BERJENAMA GATSBY INI MEMPUNYAI PELBAGAI JENIS BAU. AKU ADA MENCUBA BAU SETIAP JENIS MINYAK WANGI GATSBY INI. DAN AKU TELAH MEMUTUSKAN UNTUK MEMBELI MINYAK WANGI GATSBY SPARK EAU DE TOILETTE MEMANDANGKAN MINYAK WANGI KEPUNYAANKU DI RUMAH SUDAH HAMPIR HABIS ISINYA.

GATSBY SPARK




MINYAK WANGI GATSBY SPARK INI SANGAT WANGI BAUNYA DAN SESUAI DIPAKAI OLEH LELAKI REMAJA SEPERTIKU. HARUMANNYA MENGGABUNGKAN BAU BUNGA SITRUS SEGAR DAN BUNGA AMBER BERKAYU. IA SANGAT SESUAI UNTUK MEMBERIKAN AURA TENAGA ATAU ENERGETIK KEPADA SESEORANG YANG MEMAKAINYA. TIDAK SABAR RASANYA UNTUK MENCUBA MINYAK WANGI INI. AKU HARAP HARUMAN MINYAK WANGI INI MEMBERIKAN KESEGARAN DAN TIDAK JELEK DIBAU ORANG.

BAIKLAH, SAMPAI DI SINI SAJA CORETANKU BUAT MASA INI. AKU HARAP PENULISAN AKU INI AKAN MEMBERIKAN SEDIKIT MAKLUMAT YANG BERHARGA KEPADA PENGUNJUNG BLOG AKU INI TENTANG MINYAK WANGI BERJENAMA GATSBY. SEKIAN..

No comments: