Saturday, 14 February 2015

USAHA MEMBUAHKAN HASIL!

HALUU..
FIRST OF ALL, AKU NAK BAGITAHU YANG AKU BERASA SANGAT GEMBIRA SEBAB USAHA AKU MENDATANGKAN HASIL YANG SANGAT CANTIK. KORANG NAK TAHU APA? KORANG INGAT TAK AKU PERNAH POST KAT BLOG NI TENTANG SATU IDEA YANG MELETOP TERCETUS DALAM MINDA AKU IAITU AKU NAK MELUKIS CORAK DI SEKELILING BINGKAI CERMIN AKU.

ALHAMDULILLAH, PROJEK YANG DIRANCANG SUDAH DIJALANKAN. SEKARANG NI, CERMIN DI DALAM BILIK TIDUR AKU SUDAH CANTIK AKU CORAKKAN DAN WARNAKAN DENGAN MENGGUNAKAN CORAK BERBENTUK BULATAN DAN WARNA "RED BRILLIANT".

TADI SEMASA MENEMANI ADIKKU KE KEDAI BUKU, AKU TERLIHAT BANYAK AKSESORI D.I.Y. KEBANYAKAN AKSESORI YANG DIJUAL DI SITU SANGAT CANTIK BELAKA. AKU MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MEMBELI SATU SET AKSESORI YANG BERBENTUK HURUF DAN MENGGUNAKAN PELEKAT. AKU MEMILIH AKSESORI BERBENTUK HURUF YANG SANGAT SIMPLE MEMANDANGKAN BILIK AKU ITU TERSANGATLAH RINGKAS.

AKU FIKIR NAK MENAMPAL HURUF-HURUF ITU DI SEKELILING BINGKAI CERMINKU SUPAYA TAMPAK LEBIH MENARIK DAN SEJUK MATA MEMANDANG. AKU TERFIKIR-FIKIR APAKAH PERKATAAN YANG INGIN AKU BENTUKKAN DENGAN MENGGUNAKAN AKSESORI BERBENTUK HURUF D.I.Y INI. AKU SUDAH MATI AKAL UNTUK MEMIKIRKAN PERKATAAN YANG INGIN AKU BENTUK.

INILAH CONTOH AKSESORI BERBENTUK HURUF D.I.Y.





SAMPAI SINI SAHAJA DULU CORETAN AKU BUAT MASA INI. AKU MEMERLUKAN MASA UNTUK MEMIKIRKAN PERKATAAN YANG PERLU AKU GUNAKAN UNTUK DITAMPAL DI SEKELILING BINGKAI CERMIN YANG TERDAPAT DI DALAM BILIKKU YANG TERSANGATLAH RINGKAS ITU. AKHIR KATA, MAJULAH SENI UNTUK NEGARA. HEHEHE..

No comments: