HULLA!
PAGI TADI AKU RASA SANGAT BOSAN DAN TERASA SANGATLAH LAPAR YANG AMAT. NAK TAHU KENAPA?? SEBAB AKU MALAS NAK BERSARAPAN. JUST MINUM MILO JE. ITU PUN SIKIT! TAK TAHULAH KEBELAKANGAN NI, TIME LEPAS HABIS SEKOLAH NI AKU RASA SANGATLAH MALAS NAK BERSARAPAN. MASA BERSEKOLAH DULU RAJIN LAH JUGA BERSARAPAN. MUNGKIN MASA TU AKU MASIH SEORANG PELAJAR JADI KENALAH BERSARAPAN UNTUK BAGI TENAGA SUPAYA TAK NGANTUK DI KELAS.
LEPAS MANDI PAGI TADI, AKU TERTENGOK RANCANGAN JUALAN MEE RAMYUN DI SALURAN GO SHOP. HMM.. MACAM SEDAP JE MEE TU MASA PENGACARA TU TEST MAKAN. RANCANGAN TU JUGA TUNJUKKAN CARA MEMASAK MEE RAMYUN TU SEKALI. MEE RAMYUN NI RUPANYA BOLEH DIMASAK DAN DICAMPURKAN DENGAN PELBAGAI MAKANAN SAMPINGAN MACAM UDANG, SAYUR DAN JUGA SOTONG. PENGACARA TU JUGA ADA LETAKKAN KEJU DALAM MEE TU. BILA PENGACARA TU MAKAN JE MEE RAMYUN YANG DIA MASAK TU JADI MELELEH AIR LIUR DAN LAPAR DIBUATNYA. NAK CALL BELI RASA MALU PULAK. TAK PERNAH AKU BELI BARANG MELALUI TV. RASA SEGAN PULAK!!
JADI AKU AMBIL KEPUTUSAN UNTUK MASAK SENDIRI MENGGUNAKAN MAGGI KARI. HILANG AKAL AGAKNYA AKU NI. TAK PERNAH DIBUAT ORANG! HEHEHE.. AKU MASAK SEKALI DUA BUNGKUS. TERKEJUT TAK?! HMM.. MACAM TU LAH JADINYA BILA PERUT DAH BERKERONCONG MEMAINKAN MUZIK ROCK! UNIKNYA MAGGI KARI AKU NI AKU LETAK KEJU.. AKU JUGA ADA LETAK SAYUR DAN CILI API.
NAK TAHU RASANYA? SANGAT SEDAP! TAPI KEJU YANG AKU LETAK TU TAK TERASA PUN. MUNGKIN KEJU TU DAH TERSERAP KE DALAM MEE MAGGI TU. KENYANG AKU DIBUATNYA MAKAN MAGGI YANG AKU MASAK NI. SAMPAI NASI AYAM YANG MAK AKU BELI TENGAHARI TADI AKU TAK USIK PUN.
TERINGIN AKU NAK BELI MEE RAMYUN TU. NAK CUBA RASANYA MACAM MANA. MACAM SEDAP JE AKU TENGOK KAT TV TU. OK LAH AKU NAK TAMATKAN PENULISAN AKU NI SAMPAI DI SINI DAHULU. GOOD BYE..
No comments:
Post a Comment