ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA,
PADA HARI INI AKU NAK BERKONGSI TENTANG MAJLIS YANG TENTUNYA AKAN DIINGATI OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA TERUTAMANYA PENDUDUK NEGERI PERAK. MAJLIS YANG AKU MAKSUDKAN IALAH MAJLIS PERTABALAN SULTAN PERAK YANG JATUH PADA TARIKH 6 MEI 2015. SUDAH TENTUNYA PADA HARI ITU AKAN TERLAKAR SATU SEJARAH PERTABALAN SULTAN BARU BAGI NEGERI PERAK.
BAKAL SULTAN BAHARU PERAK YANG AKU MAKSUDKAN INI TENTUNYA SULTAN DR. NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH. BAGINDA MERUPAKAN PUTERA KEPADA ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH YANG BARU MANGKAT PADA TAHUN LEPAS. PERTABALAN SULTAN NAZRIN SHAH SEBAGAI SULTAN PERAK BAHARU INI MERUPAKAN SATU SEJARAH BAGI INSTITUSI BERAJA DI MALAYSIA KERANA BAGINDA MERUPAKAN SULTAN NEGERI-NEGERI MELAYU YANG PERTAMA MEMILIKI SIJIL PHD DAN MEMBAWA GELARAN DOKTOR. SUDAH TENTUNYA PERTABALAN INI AKAN MENJADI SATU KEJUTAN DAN BERSEJARAH KERANA BAGINDA MERUPAKAN PENCETUS KEPADA SULTAN YANG BERPANGKAT PHD.
SULTAN NAZRIN SHAH SEGAK MENGENAKAN SUT KETIKA BERUCAP |
BAGINDA BERSAMA KELUARGA TERCINTA |
PESANAN DARIKU BUAT RAKYAT NEGERI PERAK, KIBARKANLAH BENDERA PERAK NEGERI KELAHIRANMU PADA 6 MEI 2015 IAITU PADA HARI RABU INI BAGI MENGHORMATI MAJLIS PERTABALAN SULTAN BAHARUMU, SULTAN NAZRIN SHAH.
DIHARAPKAN KEHADIRAN SULTAN NAZRIN SHAH DI DALAM INSTITUSI KESULTANAN NEGERI-NEGERI MELAYU AKAN MEMBUATKAN BAKAL-BAKAL SULTAN NEGERI-NEGERI MELAYU YANG SETERUSNYA AKAN LEBIH GIGIH DAN BERUSAHA MENCAPAI TARAF PENDIDIKAN YANG TERTINGGI AGAR DIHORMATI DAN DISANJUNG TINGGI OLEH RAKYAT JELATA.
TERSERLAH KEHEBATAN BAGINDA SEBAGAI SULTAN PERTAMA BERPANGKAT PHD |
BENDERA KEBANGGAAN RAKYAT PERAK |
BAIKLAH SAMPAI SINI SAHAJA CORETAN BUAT KALI INI. DIHARAPKAN KITA BERTEMU LAGI PADA LAIN HARI. ASSALAM..