HAI APA KHABAR SEMUA?
AKU DI SINI BAIK-BAIK SAHAJA. BERSEMPENA DENGAN HARI BUMI ATAU 'EARTH DAY' YANG JATUH PADA HARI INI, AKU NAK KONGSIKAN BEBERAPA PENGALAMAN AKU KETIKA MELAWATI BEBERAPA BUAH ZOO YANG TERDAPAT DI MALAYSIA.
PENGALAMAN PERTAMA AKU APABILA AKU MELAWATI ZOO NEGARA YANG TERLETAK DI IBU KOTA KUALA LUMPUR. ZOO INI MERUPAKAN ANTARA ZOO YANG TERBESAR DI MALAYSIA. KETIKA AKU MELAWAT ZOO INI, AKU BARU BERUSIA 10 TAHUN. ZOO INI SANGAT BESAR DAN MEMPUNYAI PELBAGAI HAIWAN DARI SELURUH NEGARA TERMASUK AFRIKA SELATAN. MEMANG TIDAK PUAS APABILA BERJALAN-JALAN DI DALAM ZOO INI. MANA TIDAKNYA KETIKA BERJALAN ADA ANTARA AHLI KELUARGAKU YANG TERKEHEL KAKI DAN SEBAGAINYA DEK KERANA KELUASANNYA YANG BESAR. HMM.. NASIB BAIK ADA KERETA API SEWA YANG MEMBAWA KAMI UNTUK MELENGKAPKAN PENGEMBARAAN KAMI DI ZOO NEGARA INI.
PAPAN TANDA DI ZOO NEGARA, KL |
PANDA CHINA YANG TERDAPAT DI ZOO NEGARA |
DESTINASI KEDUA AKU PULA ADALAH DI TAMAN BURUNG DAN RAMA-RAMA YANG TERLETAK DI KUALA LUMPUR. KEDUDUKAN KEDUA-DUA TAMAN INI TIDAK BERJAUHAN ANTARA SATU SAMA LAIN. DI TAMAN BURUNG, TERDAPAT PELBAGAI SPESIES BURUNG YANG TERDAPAT DI SINI. ANTARANYA BURUNG HELANG, KASAWARI DAN MERPATI YANG TERDAPAT DALAM PELBAGAI WARNA. DI SINI JUGA KAMI MELIHAT PERTUNJUKAN BURUNG YANG SANGAT HEBAT-HEBAT BELAKA. ADA BURUNG YANG BOLEH BERCAKAP DAN ADA JUGA BURUNG YANG BOLEH MENGIKUTI SEGALA SURUHAN TUANNYA. DI TAMAN RAMA-RAMA PULA TERDAPAT PELBAGAI JENIS RAMA-RAMA YANG TERDAPAT DI SINI. BOLEH DIKATAKAN TAMAN INI SANGAT SERONOK UNTUK DILAWATI KERANA RAMA-RAMANYA TERDAPAT DALAM PELBAGAI BENTUK, SAIZ DAN WARNA. SANGAT SEJUK MATA APABILA MEMANDANG KE SEKELILING TAMAN RAMA-RAMA INI.
PAPAN TANDA DI TAMAN BURUNG |
ANTARA SPESIES BURUNG YANG TERDAPAT DI SINI |
ANTARA SPESIES RAMA-RAMA YANG TERDAPAT DI TAMAN RAMA-RAMA, KL |
SALAH SATU SPESIES RAMA-RAMA DI SINI |
SETERUSNYA, AKU DAN KELUARGA PERNAH BERKUNJUNG KE AQUARIA KLCC. AQUA KLCC INI MERUPAKAN ANTARA AKUARIUM YANG TERBESAR DI MALAYSIA DAN MENEMPATKAN PELBAGAI JENIS DAN RUPA HAIWAN LAUT SEPERTI IKAN, SOTONG DAN OBOR-OBOR. MEMANG SANGAT SERONOK APABILA BERKUNJUNG KE SINI. HANYA TUHAN SAJA YANG TAHU PERASAAN INI APABILA BERKUNJUNG KE SITU. SANGAT MENAKJUBKAN! PEMANDANGAN DI SITU SANGAT CANTIK SEOLAH-OLAH BERADA DI DALAM LAUTAN SEBENAR. DI SITU TERDAPAT PELBAGAI IKAN YANG EKSOTIK DAN MENARIK.
AKUARIUM YANG TERDAPAT DI AQUARIA KLCC |
PEMANDANGAN IKAN BERSAMA SANTA CLAUS SEMPENA HARI NATAL |
PEMANDANGAN YANG MENGAGUMKAN SEOLAH-OLAH BERADA DI LAUTAN SEBENAR |
AKHIR SEKALI, AKU JUGA PERNAH BERKUNJUNG KE ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI PADA WAKTU MALAM. MEMANG SANGAT MENGUJAKAN APABILA DAPAT MELIHAT HAIWAN-HAIWAN LIAR PADA WAKTU MALAM. SELALUNYA PERKARA-PERKARA BEGINI HANYA DAPAT DILIHAT MELALUI TELEVISYEN. DI SITU AKU DAN KELUARGA DAPAT MELIHAT HAIWAN-HAIWAN LIAR SEPERTI HARIMAU DAN BUAYA PADA WAKTU MALAM. SANGAT EKSTREMIS DAN SERONOK SEKALI! TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN MELALUI KATA-KATA. KAMI SEKELUARGA BERJALAN-JALAN MENGELILINGI ZOO ITU DENGAN MENAIKI KERETA API SEWA. SANGAT SERONOK APABILA DAPAT MELIHAT HAIWAN BERSAMA PELANCONG-PELANCONG LAIN. ADA YANG MENJERIT, MENANGIS DAN SEBAGAINYA KERANA TAKUT.
BURUNG HANTU PADA WAKTU MALAM |
RUSA PADA WAKTU MALAM |
SEEKOR UNTA SEDANG BEREHAT PADA WAKTU INI |
SEBELUM MENUTUP BICARA, TADI SEMPAT JUGA AKU MELIHAT DAN MEMBACA SERBA SEDIKIT TENTANG HARI BUMI 2015 DI SESAWANG GOOGLE. GOOGLE JUGA ADA MEMBUAT SEDIKIT KUIZ UNTUK MENCARI HAIWAN YANG SERUPA DENGAN DIRI AKU. NAK TAHU TAK HAIWAN APA YANG SERUPA DENGANKU? JENG JENG JENG.. HAIWAN YANG SERUPA DENGAN PERSONALITI AKU ITU IALAH KOMODO DRAGON. SETELAH MEMBUAT BEBERAPA PENCARIAN DI GOOGLE, RUPA-RUPANYA KOMODO DRAGON INI MERUPAKAN SEEKOR SPESIES CICAK BERSAIZ BESAR SEPERTI BIAWAK DAN HANYA TERDAPAT DI PULAU-PULAU YANG TERLETAK DI INDONESIA.
KOMADO DRAGON |
BAIKLAH SAMPAI SITU SAHAJA CORETAN SAYA. WASSALAM..
No comments:
Post a Comment