Sunday, 26 April 2015

ROBBEN ISLAND HERE WE ARE!

ROBBEN ISLAND
ASSALAMUALAIKUM SEMUA, 
HARI INI AKU INGIN BERKONGSI CERITA KEPADA PEMBACA SEMUA TENTANG SEBUAH PULAU TERPENCIL YANG DIBERI NAMA ROBBEN ISLAND DAN TERLETAK DI NEGARA AFRIKA SELATAN. SEBENARNYA PULAU ROBBEN INI PERNAH DIDIAMI OLEH MENDIANG NELSON MANDELA SEWAKTU BELIAU HIDUP.

AKU INGIN MENGGALAKKAN PEMBACA SEMUA MELAYARI LAMAN SESAWANG GOOGLE UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG PULAU YANG TERKENAL DALAM KALANGAN PELANCONG INI. BUAT PERTAMA KALINYA, PADA HARI INI GOOGLE MEMBUAT SATU LAMAN KHAS BAGI MEMUDAHKAN PENGGUNA MELANCONG KE PULAU INI SECARA DALAM TALIAN ATAU ON-LINE.

SUDAH BERSEDIA UNTUK MELANCONG KE PULAU ROBBEN? SILA LAYARI LAMAN WEB INI.. https://www.google.com/culturalinstitute/home?hl=en-GB

OKEY, BERBALIK KEPADA SEJARAH PULAU ROBBEN INI PULA IALAH PULAU INI SUDAH WUJUD LEBIH 500 TAHUN YANG LALU DAN MENYIMPAN PELBAGAI KISAH SUKA DAN DUKA PENDUDUK AFRIKA SELATAN. TERDAPAT PELBAGAI TEMPAT YANG MENARIK DAN BOLEH DIKUNJUNGI DI SINI.

CAPE TOWN

ANTARANYA, MUZIUM PENJARA PULAU ROBBEN, MUZIUM IN THEIR OWN WORDS, PAMERAN STRUGGLE INK DAN NELSON MANDELA CENTRE OF MEMORY. DI DALAM PAMERAN STRUGGLE INK INI TERDAPAT PELBAGAI LUKISAN YANG DIPAMERKAN DAN SANGAT MENARIK UNTUK DILIHAT. LUKISAN-LUKISAN YANG TERDAPAT DI SINI MEMBERI GAMBARAN KEHIDUPAN SEBENAR MASYARAKAT AFRIKA SELATAN.

PINTU GERBANG PENJARA PULAU ROBBEN

BAIKLAH SAMPAI DI SINI SAHAJA CORETAN BUAT KALI INI. SEMOGA BERJUMPA LAGI. ASSALAM..

EUREKA!!


Tuesday, 21 April 2015

ADAKAH AKU SEPERTI KOMODO DRAGON?



HAI APA KHABAR SEMUA?
AKU DI SINI BAIK-BAIK SAHAJA. BERSEMPENA DENGAN HARI BUMI ATAU 'EARTH DAY' YANG JATUH PADA HARI INI, AKU NAK KONGSIKAN BEBERAPA PENGALAMAN AKU KETIKA MELAWATI BEBERAPA BUAH ZOO YANG TERDAPAT DI MALAYSIA. 

PENGALAMAN PERTAMA AKU APABILA AKU MELAWATI ZOO NEGARA YANG TERLETAK DI IBU KOTA KUALA LUMPUR. ZOO INI MERUPAKAN ANTARA ZOO YANG TERBESAR DI MALAYSIA. KETIKA AKU MELAWAT ZOO INI, AKU BARU BERUSIA 10 TAHUN. ZOO INI SANGAT BESAR DAN MEMPUNYAI PELBAGAI HAIWAN DARI SELURUH NEGARA TERMASUK AFRIKA SELATAN. MEMANG TIDAK PUAS APABILA BERJALAN-JALAN DI DALAM ZOO INI. MANA TIDAKNYA KETIKA BERJALAN ADA ANTARA AHLI KELUARGAKU YANG TERKEHEL KAKI DAN SEBAGAINYA DEK KERANA KELUASANNYA YANG BESAR. HMM.. NASIB BAIK ADA KERETA API SEWA YANG MEMBAWA KAMI UNTUK MELENGKAPKAN PENGEMBARAAN KAMI DI ZOO NEGARA INI.


PAPAN TANDA DI ZOO NEGARA, KL
PANDA CHINA YANG TERDAPAT DI ZOO NEGARA


DESTINASI KEDUA AKU PULA ADALAH DI TAMAN BURUNG DAN RAMA-RAMA YANG TERLETAK DI KUALA LUMPUR. KEDUDUKAN KEDUA-DUA TAMAN INI TIDAK BERJAUHAN ANTARA SATU SAMA LAIN. DI TAMAN BURUNG, TERDAPAT PELBAGAI SPESIES BURUNG YANG TERDAPAT DI SINI. ANTARANYA BURUNG HELANG, KASAWARI DAN MERPATI YANG TERDAPAT DALAM PELBAGAI WARNA. DI SINI JUGA KAMI MELIHAT PERTUNJUKAN BURUNG YANG SANGAT HEBAT-HEBAT BELAKA. ADA BURUNG YANG BOLEH BERCAKAP DAN ADA JUGA BURUNG YANG BOLEH MENGIKUTI SEGALA SURUHAN TUANNYA. DI TAMAN RAMA-RAMA PULA TERDAPAT PELBAGAI JENIS RAMA-RAMA YANG TERDAPAT DI SINI. BOLEH DIKATAKAN TAMAN INI SANGAT SERONOK UNTUK DILAWATI KERANA RAMA-RAMANYA TERDAPAT DALAM PELBAGAI BENTUK, SAIZ DAN WARNA. SANGAT SEJUK MATA APABILA MEMANDANG KE SEKELILING TAMAN RAMA-RAMA INI.


PAPAN TANDA DI TAMAN BURUNG
ANTARA SPESIES BURUNG YANG TERDAPAT DI SINI
ANTARA SPESIES RAMA-RAMA YANG TERDAPAT DI TAMAN RAMA-RAMA, KL
SALAH SATU SPESIES RAMA-RAMA DI SINI


SETERUSNYA, AKU DAN KELUARGA PERNAH BERKUNJUNG KE AQUARIA KLCC. AQUA KLCC INI MERUPAKAN ANTARA AKUARIUM YANG TERBESAR DI MALAYSIA DAN MENEMPATKAN PELBAGAI JENIS DAN RUPA HAIWAN LAUT SEPERTI IKAN, SOTONG DAN OBOR-OBOR. MEMANG SANGAT SERONOK APABILA BERKUNJUNG KE SINI. HANYA TUHAN SAJA YANG TAHU PERASAAN INI APABILA BERKUNJUNG KE SITU. SANGAT MENAKJUBKAN! PEMANDANGAN DI SITU SANGAT CANTIK SEOLAH-OLAH BERADA DI DALAM LAUTAN SEBENAR. DI SITU TERDAPAT PELBAGAI IKAN YANG EKSOTIK DAN MENARIK.


AKUARIUM YANG TERDAPAT DI AQUARIA KLCC
PEMANDANGAN IKAN BERSAMA SANTA CLAUS SEMPENA HARI NATAL
PEMANDANGAN YANG MENGAGUMKAN SEOLAH-OLAH BERADA DI LAUTAN SEBENAR


AKHIR SEKALI, AKU JUGA PERNAH BERKUNJUNG KE ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI PADA WAKTU MALAM. MEMANG SANGAT MENGUJAKAN APABILA DAPAT MELIHAT HAIWAN-HAIWAN LIAR PADA WAKTU MALAM. SELALUNYA PERKARA-PERKARA BEGINI HANYA DAPAT DILIHAT MELALUI TELEVISYEN. DI SITU AKU DAN KELUARGA DAPAT MELIHAT HAIWAN-HAIWAN LIAR SEPERTI HARIMAU DAN BUAYA PADA WAKTU MALAM. SANGAT EKSTREMIS DAN SERONOK SEKALI! TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN MELALUI KATA-KATA. KAMI SEKELUARGA BERJALAN-JALAN MENGELILINGI ZOO ITU DENGAN MENAIKI KERETA API SEWA. SANGAT SERONOK APABILA DAPAT MELIHAT HAIWAN BERSAMA PELANCONG-PELANCONG LAIN. ADA YANG MENJERIT, MENANGIS DAN SEBAGAINYA KERANA TAKUT.


BURUNG HANTU PADA WAKTU MALAM
RUSA PADA WAKTU MALAM
SEEKOR UNTA SEDANG BEREHAT PADA WAKTU INI


SEBELUM MENUTUP BICARA, TADI SEMPAT JUGA AKU MELIHAT DAN MEMBACA SERBA SEDIKIT TENTANG HARI BUMI 2015 DI SESAWANG GOOGLE. GOOGLE JUGA ADA MEMBUAT SEDIKIT KUIZ UNTUK MENCARI HAIWAN YANG SERUPA DENGAN DIRI AKU. NAK TAHU TAK HAIWAN APA YANG SERUPA DENGANKU? JENG JENG JENG.. HAIWAN YANG SERUPA DENGAN PERSONALITI AKU ITU IALAH KOMODO DRAGON. SETELAH MEMBUAT BEBERAPA PENCARIAN DI GOOGLE, RUPA-RUPANYA KOMODO DRAGON INI MERUPAKAN SEEKOR SPESIES CICAK BERSAIZ BESAR SEPERTI BIAWAK DAN HANYA TERDAPAT DI PULAU-PULAU YANG TERLETAK DI INDONESIA.


KOMADO DRAGON


BAIKLAH SAMPAI SITU SAHAJA CORETAN SAYA. WASSALAM.. 



Thursday, 16 April 2015

ABBEY ROAD JALAN BERHANTU

HAI ASSALAMUALAIKUM SEMUA,
PADA HARI INI AKU NAK CERITAKAN SERBA SEDIKIT TENTANG SEBUAH JALAN RAYA YANG SANGAT DIKENALI MASYARAKAT DUNIA IAITU ABBEY ROAD (JALAN ABBEY). SEBENARNYA JALAN INI TIADA KEISTIMEWAAN YANG SANGAT UNIK PUN TAPI DI SITU RUPA-RUPANYA TERLETAK SEBUAH STUDIO RAKAMAN KUMPULAN ROCK INGGERIS TERKENAL ZAMAN 60-AN YANG DINAMAKAN SEBAGAI ABBEY ROAD STUDIOS.

MESTI PEMBACA SEMUA NAK TAHU KAN SIAPA KUMPULAN ROCK YANG TERKENAL ITU? HAA, SUDAH SEMESTINYALAH KUMPULAN THE BEATLES YANG TERDIRI DARIPADA EMPAT ORANG AHLI KUMPULAN. KUMPULAN INI SANGAT TERKENAL PADA ZAMAN DAHULU DENGAN LAGUNYA HERE COMES THE SUN. JANGAN TAK TAHU LAGU INI PERNAH DINYANYIKAN SEMULA OLEH PENYANYI TERKENAL, YUNALIS ZARAI DENGAN TAJUK YANG SAMA.

AHLI KUMPULAN THE BEATLES


APA KAITANNYA ANTARA ABBEY ROAD DENGAN KUMPULAN THE BEATLES? HAA, INILAH SEJARAHNYA! KUMPULAN INI SEBENARNYA PERNAH MERAKAMKAN GAMBAR COVER UNTUK ALBUM TERAKHIR MEREKA DI SITU. GAMBAR COVER ALBUM MEREKA ITU MENUNJUKKAN MEREKA SEDANG MELINTAS LINTASAN ZEBRA DI JALAN TERSEBUT SAMBIL BERATUR ATAUPUN MENGIKUT TURUTAN DI MANA DI HADAPAN SEKALI IALAH KETUA KUMPULAN IAITU JOHN LENNON.

COVER ALBUM THE BEATLES DI ABBEY ROAD


KETIKA GAMBAR DIAMBIL, PENGARAH ALBUM MEREKA SEBENARNYA TERDESAK UNTUK MENYIAPKAN ALBUM TERSEBUT JADI MEREKA PUN MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MERAKAM GAMBAR COVER ALBUM DI JALAN BERSEBELAHAN DENGAN STUDIO MEREKA ITU. DALAM GAMBAR COVER ALBUM MEREKA INI, TERDAPAT SEBUAH KERETA VOLKSWAGEN BEETLE PUTIH DI MANA PEMILIKNYA MERUPAKAN PENDUDUK SEBUAH PANGSAPURI DI SITU. SELEPAS ALBUM INI DIKELUARKAN DI PASARAN ANTARABANGSA, PERNAH BEBERAPA KALI NOMBOR PLAT KERETA INI DICURI. HAA, LIHATLAH BETAPA HEBATNYA PENANGAN ALBUM THE BEATLES INI KEPADA SEMUA PEMINAT FANATIKNYA.

VOLKSWAGEN BEETLE YANG TERDAPAT DALAM COVER ALBUM TERSEBUT 


KENAPA AKU CAKAP JALAN ABBEY INI BERHANTU? BUKAN SEBAB APA SEBENARNYA SELEPAS ALBUM KUMPULAN THE BEATLES INI DIPASARKAN DI SELURUH NEGARA, RAMAI PEMINAT FANATIKNYA YANG INGIN MENIRU GAYA MEREKA DI DALAM GAMBAR COVER ALBUM MEREKA INI. RAMAI PELANCONG YANG MELAWATI ABBEY ROAD AKAN MERAKAMKAN GAMBAR SEPERTI KUMPULAN THE BEETLES DI DALAM GAMBAR COVER ALBUM MEREKA DI JALAN INI SEBAGAI KENANG-KENANGAN. JADI SEBAB ITULAH AKU KATAKAN TADI BAHAWA JALAN INI SANGAT BERHANTU KERANA RAMAI PELANCONG YANG INGIN MELAWATINYA SEHINGGALAH SEKARANG.

PARODI THE SIMPSONS DI ABBEY ROAD
PEMINAT MENGAMBIL GAMBAR DI ABBEY ROAD


BAIKLAH MUNGKIN ITU SAHAJA DARIPADA AKU BUAT KALI INI. SEMOGA KITA BERTEMU LAGI.. 


  

Friday, 10 April 2015

EUREKANO STAR

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA,
PADA HARI INI AKU NAK KONGSIKAN KEPADA PEMBACA SEMUA TENTANG BAGAIMANA AKU MENDAPAT IDEA UNTUK MENAMAKAN BLOG AKU INI SEBAGAI 'EUREKANO STAR'. HAA, MESTI KORANG SEMUA TERTANYA-TANYA APA MAKSUD 'EUREKANO STAR' ITU BUKAN?

SEBELUM ITU AKU NAK CERITAKAN SERBA SEDIKIT TENTANG PENUBUHAN BLOG INI. PEJAM CELIK PEJAM CELIK NAMPAKNYA SUDAH HAMPIR EMPAT TAHUN WUJUDNYA BLOG AKU INI DI ALAM MAYA. BERMULA DENGAN NAMA 'PENA MENULIS', SELEPAS ITU PULA BERTUKAR NAMA MENJADI 'EXOTICA SHOCK' UNTUK MENAMBAHKAN KEEKSOTIKAN PADA BLOG INI. DAN KINI BLOG INI DINAMAKAN 'EUREKANO STAR'.

MANA DATANGNYA IDEA UNTUK MENAMAKAN BLOG INI SEBAGAI 'EUREKANO STAR'? JAWAPANNYA MELALUI TELEVISYEN. SEMASA ITU AKU MENONTON SEBUAH PROGRAM RANCANGAN HIBURAN POPULAR. PROGRAM ITU DIWUJUDKAN UNTUK MENGUJI KEPINTARAN DAN KEMAHIRAN SELEBRITI TERKEMUKA. PENGACARA PROGRAM ITU ADA MENANYAKAN KUIZ KEPADA SEORANG SELEBRITI WANITA DAN JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH SELEBRITI WANITA ITU ADALAH BETUL. NAK TAHU JAWAPANNYA? JAWAPANNYA IALAH EUREKA. MESTI KORANG TERTANYA-TANYA APA SOALAN YANG DIAJUKAN KEPADA SELEBRITI WANITA ITU BUKAN?

EUREKA ITU BERMAKSUD SAYA SUDAH MENJUMPAINYA ATAU MENDAPATINYA DAN DIGUNAKAN OLEH SEORANG AHLI SAINTIS TERKEMUKA ZAMAN DAHULU IAITU ARCHIMEDES. BELIAU SERING MENYEBUT PERKATAAN 'EUREKA' APABILA EKSPERIMENNYA BERJAYA DILAKSANAKAN. PERKATAAN 'EUREKA!' JUGA DIGUNAKAN OLEH NEGERI CALIFORNIA SEBAGAI MOTO NEGERINYA SEHINGGA SEKARANG.

EUREKA JUGA DIGUNAKAN SEBAGAI NAMA KOLEJ DI ILLINOIS
 
LAKARAN WAJAH ARCHIMEDES
 
PERKATAAN EUREKA DAPAT DILIHAT PADA LAMBANG NEGERI CALIFORNIA

MANAKALA PERKATAAN 'STAR' ITU PULA BERMAKSUD BINTANG. KENAPA AKU TAMBAHKAN PERKATAAN 'STAR' DI SITU? PERTAMANYA SEBAB 'EUREKA' ITUKAN BUNYINYA SEAKAN-AKAN BINTANG, JADI AKU TAMBAHKANLAH PERKATAAN 'STAR' DI SITU UNTUK MENYEDAPKAN SEBUTAN NAMA BLOG INI. KEDUANYA, APABILA DIGABUNGKAN KEDUA-DUA MAKSUD PERKATAAN 'EUREKA' DAN 'STAR' ITU TERBENTUKNYA SEBUAH MAKSUD YANG CANTIK IAITU 'SAYA SUDAH MENJUMPAI BINTANG'.


TAMBAHAN PULA, SEKARANG INI BANYAK CERITA DI TELEVISYEN DAN DI LAYAR PERAK YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN 'STAR' SEBAGAI JUDUL FILEM DAN DRAMA. SEBAGAI CONTOHNYA, FILEM THE FAULT IN OUR STARS DAN DRAMA BERSIRI MY LOVE FROM THE STAR.

POSTER THE FAULT IN OUR STARS
POSTER DRAMA MY LOVE FROM THE STAR
BAIKLAH ITU SAHAJA DARIPADA AKU BUAT KALI INI. SEKIAN.

SALAM SAYANG, EUREKA!


Tuesday, 7 April 2015

HEARTBEAT SONG

PADA HARI INI AKU NAK KONGSIKAN KEPADA PEMBACA SEMUA TENTANG SATU LAGU YANG AKU BARU DENGAR DAN AKU SANGAT MENGGEMARINYA. LAGU YANG AKU MAKSUDKAN ITU IALAH LAGU HEARTBEAT SONG NYANYIAN OLEH KELLY CLARKSON.

KEBETULAN PULA KEBELAKANGAN INI JANTUNG AKU TERASA BERDEGUP DENGAN KENCANG SEKALI. TAK TAHU LA KENAPA. MUNGKIN SEBAB BEBERAPA HARI INI AKU SERING TIDUR LEWAT DAN TIDUR PADA WAKTU PETANG. KENAPA AKU TIDUR LEWAT? BUKAN SEBAB APA KEBELAKANGAN NI BANYAK CERITA-CERITA YANG MENARIK DITAYANGKAN DI TELEVISYEN TERUTAMANYA DI SALURAN ASTRO.


BERBALIK KE TOPIK ASAL LAGU INI SANGAT SEDAP DIDENGARI. HAL INI KERANA RENTAK LAGUNYA YANG KUAT SEAKAN-AKAN MUZIK ROCK PULA. LAGU INI BERKISARKAN SEORANG WANITA YANG MEMPUNYAI MASALAH JANTUNGNYA YANG BERDEGUP KUAT APABILA BERSAMA DAN TERINGATKAN KEKASIHNYA. 


INILAH ANTARA BAIT KATA LUAHAN WANITA TERSEBUT DALAM LAGU INI:



This is my heartbeat song and I'm gonna play it
Been so long I forgot how to turn it up up up up all night long
Oh up up all night long

You, where the hell did you come from?
You're a different, different kind of fun
And I'm so used to feeling numb
Now, I got pins and needles on my tongue
Anticipating what's to come
Like a finger on a loaded gun

I can feel it rising
Temperature inside me
Haven't felt it for a lifetime

This is my heartbeat song and I'm gonna play it
Been so long I forgot how to turn it up up up up all night long
Oh up up all night long
This is my heartbeat song and I'm gonna play it
Turned it on
But I know you can take it up up up up all night long
Oh up up all night long (all night long)

I, I wasn't even gonna go out
But I never would have had a doubt
If I have known where I'd be now

Your hands on my hips
And my kiss on your lips
Oh, I could do this for a lifetime

This is my heartbeat song and I'm gonna play it
Been so long I forgot how to turn it up up up up all night long
Oh, up up all night long
This is my heartbeat song and I'm gonna play it
Turned it on
But I know you can take it up up up up all night long
Oh up up all night long

Until tonight I only dreamed about you
I can't believe I ever breathed without you
Baby, you make me feel alive and brand new
Bring it one more time, one more time

This is my heartbeat song and I'm gonna play it
Been so long I forgot how to turn it up up up up all night long
Oh up up all night long
This is my heartbeat song and I'm gonna play it
Turned it on
But I know you can take it up up up up all night long
Oh up up all night long

This is my heartbeat song and I'm gonna play it
Been so long I forgot how to turn it up up up up all night long
Oh up up all night long
This is my heartbeat song and I'm gonna play it
Turned it on
But I know you can take it up up up up all night long
Oh up up all night long



KELLY CLARKSON
SEKIAN, EUREKA!!

Saturday, 4 April 2015

TERHANGAT DI PASARAN!

HELLO SEMUA,
PADA HARI INI AKU NAK KONGSIKAN TENTANG BEBERAPA LAGU DAN MUZIK VIDEONYA YANG BARU DIRILISKAN BEBERAPA HARI YANG LALU. BERCAKAP PASAL LAGU INI AKU NAK KONGSIKAN BEBERAPA GENRE MUZIK YANG SERING KITA DENGAR DI RADIO. ANTARANYA GENRE POP, BALADA, ROCK DAN YANG TERBARU K-POP. LAGU-LAGU BERGENRE INI SERING DIPUTARKAN DI RADIO TERUTAMANYA DI MALAYSIA.

SETIAP ORANG PASTI ADA LAGU KEGEMARANNYA YANG TERSENDIRI. BEGITU JUGA AKU. BARU-BARU INI AKU ADA MENDENGAR DAN MELIHAT MUZIK VIDEO TERBARU NYANYIAN MEGHAN TRAINOR YANG BERTAJUK DEAR FUTURE HUSBAND. LAGU INI SANGAT ENAK DIDENGARI KERANA SUARA MEGHAN YANG MERDU SEAKAN-AKAN MENDENGAR LAGU LAMA PULA APABILA MENDENGAR LAGU INI. LAGU INI BERKISARKAN SEORANG WANITA MUDA YANG MEMBERI NASIHAT DAN AMARAN KEPADA BAKAL SUAMINYA BERKAITAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON SUAMI UNTUK MENGEKALKAN HUBUNGAN MEREKA SEBAGAI SUAMI DAN ISTERI SELEPAS BERKAHWIN NANTI.


COVER ALBUM DEAR FUTURE HUSBAND
MEGHAN MENJADI PEMBANTU RUMAH DALAM MUZIK VIDEO DEAR FUTURE HUSBAND
MEGHAN BERPAKAIAN ALA ERA 70-AN DALAM DEAR FUTURE HUSBAND
MEGHAN MENARI DALAM MUZIK VIDEO TERSEBUT


SETERUSNYA AKU NAK KONGSIKAN TENTANG SATU LAGU YANG SUDAH LAMA DIPUTARKAN DI RADIO-RADIO MALAYSIA TETAPI MUZIK VIDEONYA BARU DIRILISKAN BARU-BARU INI NYANYIAN GADIS KACUKAN CINA IAITU ELIZABETH TAN. LAGUNYA BERTAJUK KNOCK KNOCK. LAGU INI BERKISARKAN TENTANG SEORANG GADIS YANG MEMBERI AMARAN ATAU LEBIH TEPAT LAGI SYARAT-SYARAT KEPADA KEKASIHNYA JIKA MEREKA MAHUKAN HUBUNGAN YANG BERPANJANGAN.


ELIZABETH MENJADI SEORANG PELAYAN RESTORAN DALAM MV KNOCK KNOCK
ELIZABETH KELIHATAN MENAWAN SEBAGAI SEORANG PELAYAN RESTORAN
SALAH SATU SCENE DALAM M.V. TERSEBUT


LAGU KETIGA YANG DIGEMARIKU IALAH LAGU TERBARU DARI KUMPULAN K-POP TERKENAL IAITU MISS A. LAGUNYA BERTAJUK ONLY YOU. MISS A ADALAH SALAH SATU DARIPADA KUMPULAN K-POP YANG AKU MINATI. LAGU TERBARU MEREKA INI SANGAT SEDAP DIDENGARI. LAGU ITU BERKISARKAN TENTANG SEORANG PEREMPUAN YANG SANGAT SETIA KEPADA KEKASIH HATINYA. BAGINYA KEKASIHNYA ITU TIADA CALANG PENGGANTI.


SALAH SATU KOREOGRAFI LAGU INI
SCENE DI KELAB MALAM
SCENE DI JALANAN
MV INI BERLATARBELAKANGKAN KOTA NEW YORK
MEREKA SEDANG DIPERHATIKAN LELAKI MISTERI


DAN LAGU YANG TERAKHIR YANG AKU INGIN KONGSIKAN IALAH LAGU COVER OLEH PENYANYI BERHIJAB YANG BERASAL DARI MALAYSIA DAN KINI SEDANG MENGEMBANGKAN SAYAPNYA DI AMERIKA SYARIKAT TAK LAIN TAK BUKAN YUNALIS ZARAI. YUNA MERUPAKAN 'INDEPENDENT ARTIST' DI SANA DI BAWAH NAUNGAN SYARIKAT RAKAMAN TERKEMUKA VERVE RECORDS. LAGU YANG AKU MAKSUDKAN IALAH LAGU STRAWBERRY LETTER 23, NYANYIAN ASAL OLEH KUMPULAN 70-AN, THE BROTHERS JOHNSON. LAGU INI SANGAT SEDAP DINYANYIKAN SEMULA OLEH YUNA DENGAN CARANYA YANG TERSENDIRI DAN SUARANYA YANG UNIK. LAGU INI DICIPTA SEMULA KHAS UNTUK IKLAN KOMERSIAL JENAMA PAKAIAN H&M.



ITU SAHAJA DARIPADA AKU BUAT MASA INI. DIHARAPKAN DAPAT BERTEMU LAGI DENGAN PENULISAN-PENULISAN YANG MENARIK.

SEKIAN.. EUREKAA!!




Wednesday, 1 April 2015

3 FILEM SALJU YANG ADA DI CARTA HATIKU

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA,
PADA HARI INI AKU NAK KONGSIKAN KEPADA PEMBACA SEMUA TENTANG 3 FILEM BERLATARKAN MUSIM SALJU YANG DIGEMARIKU. MESTI PEMBACA SEMUA SUKA AKAN MUSIM SALJU BUKAN? MESTI PEMBACA SEMUA SELALU BERANGAN UNTUK BERMAIN DAN MELOMPAT-LOMPAT DI ATAS PERMUKAAN 'PASIR PUTIH SEJUK' ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI SALJI BUKAN? LEBIH PARAH LAGI, MESTI PEMBACA SEMUA BERANGAN UNTUK BERMAIN MEMBALING BEBOLA SALJI BUATAN SENDIRI BERSAMA PASANGAN BUKAN? DAN MESTI PEMBACA SEMUA TERINGIN SANGAT UNTUK MEMBUAT ORANG SALJI BUKAN?

ITU SEMUA MERUPAKAN CITA-CITA DAN IMPIAN SETIAP INSAN YANG TIDAK PERNAH MERASAI MUSIM SALJU SEPERTI AKU. JADI KERANA ITULAH AKU SANGAT GEMAR MENONTON FILEM DAN DRAMA BERLATARBELAKANGKAN MUSIM SALJU.

MEMBUAT ORANG SALJI

MELUNCUR DI ATAS SALJI
BERMAIN SKI

 KEMBALI KEPADA TOPIK ASAL! FILEM SALJU PERTAMA YANG DIGEMARIKU IALAH FILEM CAPTAI AMERICA : THE WINTER SOLDIER. FILEM INI BERGENRE SUPERHERO AMERIKA DAN DITAYANGKAN PADA TAHUN 2014. IA ADALAH SEKUEL DARIPADA FILEM KELUARAN TAHUN 2011 IAITU CAPTAIN AMERICA : THE FIRST AVENGER.

FILEM INI BERKISARKAN TENTANG STEVE ROGERS YANG BERSATU DENGAN BLACK WIDOW UNTUK MENGALAHKAN MUSUH DALAM SELIMUT YANG BERSEMBUNYI DI WASHINGTON DC. MUSUH ITU RUPA-RUPANYA IALAH ASKAR MUSIM SALJU ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI THE WINTER SOLDIER.

POSTER CAPTAIN AMERICA : THE WINTER SOLDIER
FILEM BERLATARBELAKANGKAN MUSIM SALJU KEDUA YANG DIGEMARIKU DAN ADIK-ADIKKU IALAH FROZEN. FILEM ANIMASI INI BERGENRE MUZIKAL FANTASI-KOMEDI DAN DITAYANGKAN PADA TAHUN 2013. FILEM INI MERUPAKAN FILEM ANIMASI KE-53 YANG DIHASILKAN DI BAWAH SIRI WALT DISNEY ANIMATED CLASSICS.

FROZEN BERKISARKAN TENTANG SEORANG PUTERI RAJA YANG BERANI BERNAMA ANNA MENGEMBARA BERSAMA SEORANG JEJAKA SI PENJUAL AIS, KELDAINYA YANG SETIA DAN SEORANG ORANG SALJI YANG NAIF. MEREKA MENGEMBARA UNTUK MENCARI KAKAK ANNA IAITU PUTERI ELSA YANG MELARIKAN DIRI DARI ISTANA APABILA RAHSIANYA DIKETAHUI UMUM. PUTERI ELSA SANGAT TERKEJUT APABILA RAHSIANYA YANG MEMPUNYAI KUASA MEMBEKUKAN SETIAP BENDA YANG DIPEGANGNYA TERBONGKAR. KETIKA DIA MELARIKAN DIRI, DIA TELAH MENINGGALKAN NEGARANYA DALAM HURU-HARA KERANA NEGARANYA TELAH DISUMPAH MENJADI AIS DAN SALJI TIDAK BERHENTI-HENTI TURUN BUAT SELAMA-LAMANYA.

AKHIRNYA, PUTERI ELSA BERJAYA MENGHENTIKAN SUMPAHANNYA ITU DENGAN MENGUCUP CINTA SEJATINYA IAITU ADIKNYA SENDIRI, PUTERI ANNA. CERITA INI MEMBERI MESEJ BAHAWA TIADA APA YANG BOLEH MEMISAHKAN KASIH ANTARA DUA BERADIK.

POSTER FILEM FROZEN
LITTLE ELSA DAN ANNA
DAN FILEM SALJU YANG TERAKHIR SEKALI MEMBUATKAN SEMUA ORANG TERBUAI-BUAI DAN TERMIMPI-MIMPINYA, TAK LAIN TAK BUKAN DRAMA BERSIRI POPULAR KOREA SELATAN IAITU WINTER SONATA. DRAMA INI JUGA DIKENALI SEBAGAI WINTER LOVE STORY ATAU WINTER BALLAD. DRAMA BERSIRI HAMPIR 20 EPISOD INI MULA DISIARKAN PADA TAHUN 2002 DI SALURAN KBS2. DRAMA INI DIKATAKAN BERHANTU KERANA MEMPUNYAI PEMINAT YANG RAMAI DARI SELURUH DUNIA TERUTAMA NEGARA-NEGARA DI ASIA.

DRAMA INI BERMULA APABILA SEORANG PEMUDA YANG BERNAMA JOON-SANG BARU BERPINDAH KE SEOUL, KOREA SELATAN DARI LUAR NEGARA. IBUNYA SEORANG PEMUZIK TERKENAL. DIA BERTEMU SEORANG GADIS YANG BERNAMA YOO-JIN KETIKA MENAIKI BAS KE SEKOLAH. DETIK-DETIK CINTA MEREKA BERBUNGA SEMASA MEREKA BERSAMA DI SEKOLAH. WALAU BAGAIMANAPUN, MEREKA TERPAKSA BERPISAH SELEPAS ITU APABILA JOON-SANG MENGALAMI KEMALANGAN JALAN RAYA KETIKA DALAM PERJALANAN INGIN BERTEMU DENGAN YOO-JIN. JOON-SANG DIKHABARKAN SUDAH MENINGGAL DUNIA DAN YOO-JIN BERASA SANGAT SEDIH AKAN KEMATIANNYA.

10 TAHUN KEMUDIAN, YOO-JIN BERJAYA MENCAPAI CITA-CITANYA UNTUK MENJADI SEORANG ARKITEK DAN HENDAK MELANSUNGKAN PERTUNANGAN DENGAN RAKAN BAIKNYA DI SEKOLAH DAHULU IAITU KIM SANG-HYEOK. KETIKA SANG-HYEOK MELAMAR YOO-JIN, MEREKA BERTEMU DENGAN RAKAN SEKOLAH MEREKA DAHULU IAITU OH CHAE-RIN BERSAMA SEORANG PEMUDA YANG DIKATAKAN SEBAGAI TUNANG CHAE-RIN. YOO-JIN SANGAT TERKEJUT APABILA BERTEMU LEE MIN-HYEONG, TUNANG KEPADA CHAE-RIN YANG SANGAT MIRIP DENGAN JOON-SANG. CUMA BEZANYA MIN-HYEONG MEMAKAI CERMIN MATA SEDANGKAN JOON-SANG TIDAK.

PERTEMUAN MEREKA MEMBAWA KEPADA 1001 CERITA SUKA DAN DUKA. PENGAKHIRANNYA, YOO-JIN AKHIRNYA DAPAT BERSAMA DENGAN MIN-HYEONG SETELAH MENEMPUHI PELBAGAI DUGAAN DALAM PERHUBUNGAN MEREKA. KINI, YOO-JIN BERJAYA MEMILIKI IJAZAH PHD-NYA DALAM BIDANG ARKITEK DAN MIN-HYEONG TERPAKSA BERJALAN MENGGUNAKAN TONGKAT KERANA MATANYA KINI BUTA DEK KERANA PENYAKIT AMNESIA YANG DIALAMINYA.

SAAT-SAAT BAHAGIA YOO-JIN DAN JOON-SANG
 
SAAT-SAAT PERKENALAN YOO-JIN DAN MIN-HYEONG
BAIKLAH SAMPAI SITU SAHAJA CORETAN PADA HARI INI. SEMOGA KITA DAPAT BERTEMU LAGI. SEKIAN, EUREKA!!