Sunday 19 July 2020

NOW I'M BACK! (2020 VERSION)

Hai, hari ini aku kembali menulis pada tahun 2020. Sebelum ini korang hanya mengenali aku sebagai "Tengku Iskandar", tetapi itu hanyalah nama penaku. So, hari ni aku nak memperkenalkan diri aku yang sebenarnya.

NAMA PENUH: Amir Syukri Bin Nor Affendy

UMUR: 23 tahun (2020)

JANTINA: Lelaki

TARIKH LAHIR: 29 September 1997

TEMPAT LAHIR: Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah

BANGSA: Melayu

WARGANEGARA: Malaysia

STATUS PERKAHWINAN: Bujang

TARAF PENDIDIKAN: Sijil Matrikulasi (Perakaunan)



Dan ini pula adalah gambar-gambar wajahku yang sebenarnya.....

Credit: GLITZ HUB


Credit: GLITZ HUB



Thursday 23 July 2015

MY GORGEOUS SELENA GOMEZ


HELLO DAN SELAMAT SEJAHTERA SEMUA,
LAMA RASANYA TAK TULIS APA-APA DI BLOG INI. RASA RINDU PULA! MAKLUM SAJALAH SEKARANG NI AKU DAH BERGELAR PELAJAR SEMULA DI MATRIKULASI. RASA SANGAT RINDU SANGAT NAK TULIS KAT BLOG NI.

HARI NI MERUPAKAN HARI YANG BERSEJARAH KERANA HARI INI MERUPAKAN HARI JADI BINTANG KESAYANGANKU, SELENA GOMEZ. HAPPY BIRTHDAY, SELENA! 

RASA SANGAT TERUJA APABILA MELIHAT GAMBAR SELENA MENYAMBUT HARI JADINYA BERSAMA TEMAN BAIK, TAYLOR SWIFT DI FACEBOOK TADI. SEMOGA PERSAHABATAN MEREKA BERKEKALAN BUAT SELAMA-LAMANYA.

SEMPENA HARI JADI SELENA PADA HARI INI, TERIMALAH BAIT LAGU DARIPADA SAYA:

HAPPY BIRTHDAY TO YOU, 
HAPPY BIRTHDAY TO YOU, 
HAPPY BIRTHDAY TO YOU, DEAR SELENA,
HAPPY BIRTHDAY TO YOUU..

MEREKA BERGEMBIRA DI MAJLIS HARI JADI SELENA
CANDID
P/S: GO GO SAYLOR!! #saylor#bestfriendforever

Wednesday 13 May 2015

BACK TO THE PAST


ASSALAMUALAIKUM SEMUA,
PADA HARI INI AKU NAK KONGSIKAN DENGAN PEMBACA SEMUA TENTANG LAGU-LAGU LAMA 90-AN YANG AKU SERING DENGAR KEBELAKANGAN INI. MEMANG SANGAT SYAHDU DAN TERHARU APABILA MENGIMBAU DAN MENDENGAR KEMBALI LAGU-LAGU KLASIK 90-AN PADA ERA MODENISASI INI. BENARLAH SEPERTI KATA ORANG TUA-TUA, BARANG YANG LAMA TIADA GANTINYA DAN TIDAK BOLEH DIULANGI LAGI. JIKA PERKARA TERSEBUT BOLEH DIULANGI, IA TIDAK AKAN SAMA SEBIJI SEPERTI DAHULU. ITULAH DINAMAKAN TAKDIR.

KUMPULAN 90-AN INGGERIS YANG SANGAT AKU MINATI IALAH KUMPULAN BACKSTREET BOYS. PERTAMA KALI AKU MENDENGAR LAGU MEREKA DI SEKOLAH RENDAHKU. KETIKA ITU AKU BERADA DI DARJAH ENAM. GURU BAHASA INGGERISKU PERNAH MENGAJAKKU DAN RAKAN-RAKAN YANG LAIN MENYANYI LAGU MEREKA DI DALAM KELAS UNTUK MERILISKAN TEKANAN. ENTAHLAH AKU PUN SUDAH TIDAK INGAT LAGU APA YANG KAMI NYANYIKAN KETIKA ITU. TETAPI AKU PERNAH MENDENGAR LAGU MEREKA DI YOUTUBE. ANTARA LAGU MEREKA YANG AKU MINATI IALAH LAGU I WANT IT THAT WAY.

PADA MASA KINI JUGA TERDAPAT LAGU-LAGU YANG SEDAP DIDENGARI SEPERTI LAGU-LAGU NYANYIAN KUMPULAN INGGERIS ONE DIRECTION. LAGU TERBARU MEREKA YANG AKU MINATI IALAH LAGU NIGHT CHANGES DAN STORY OF MY LIFE. MEMANG SUNGGUH SEDAP LAGU-LAGU ITU SEHINGGAKAN AKU JUGA BERASA SEDIH APABILA MENDENGARNYA. KUMPULAN ONE DIRECTION INI MEMANG SANGAT DIGEMARI REMAJA MASA KINI KERANA MUZIK MEREKA YANG SEDAP DIDENGARI. BOLEH DIKATAKAN MEREKA SUDAH MENJADI FENOMENA DAN IDOLA REMAJA-REMAJA MASA KINI.

GAMBAR MEREKA
SALAH SATU BAIT LIRIK LAGU MEREKA MEMPUNYAI PERSAMAAN


DI MALAYSIA JUGA TERDAPAT PENYANYI-PENYANYI BERKUMPULAN PADA SUATU KETIKA DAHULU. ANTARA KUMPULAN YANG TERKENAL PADA MASA ITU IALAH KUMPULAN 4U2C, FEMININE, ELITE DAN RUFFEDGE. KUMPULAN 4U2C SANGAT TERKENAL DENGAN STAIL MEREKA TERSENDIRI IAITU MEMAKAI RANTAI CD PADA LEHER MEREKA. KETIKA ITU STAIL MEREKA ITU SERING MENJADI IKUTAN RAMAI REMAJA. MEREKA SANGAT TERKENAL DENGAN LAGU FIONA.

4U2C DENGAN IMEJ MEREKA MEMAKAI CD
ABANG-ABANG 4U2C SUATU KETIKA DULU


KUMPULAN WANITA ELITE JUGA TIDAK KURANG HEBATNYA. MEREKA SANGAT POPULAR DALAM KALANGAN PEMINAT LELAKI DAN PEREMPUAN PADA ERA 90-AN. MEREKA SANGAT TERKENAL DENGAN LAGU G.I.G. SEHINGGA KINI LAGU ITU SERING MENJADI SIULAN PARA PEMINAT MEREKA. KINI, MEREKA MEMBAWA HALUAN MASING-MASING DAN TETAP POPULAR MENJADI PELAKON DAN PENYANYI SOLO.

ELITE SUATU KETIKA DULU


AKU SANGAT MEMINATI KUMPULAN RUFFEDGE KETIKA AKU KECIL DAHULU. LAGU MEREKA IAITU LAGU TIPAH TERTIPU SERING MENJADI SIULANKU DI MANA-MANA. MUNGKIN SEBAB BAGIKU LAGU ITU SANGAT RINGKAS DAN LIRIKNYA MUDAH DIINGATI.

RUFFEDGE


BAIKLAH, NAMPAKNYA SAMPAI DI SINI SAHAJA CORETAN BUAT KALI INI. AKU HARAP PEMBACA SEMUA SERONOK MEMBACA ENTRI KU. SEKIAN.
EUREKA!!

Monday 4 May 2015

PENJELAJAHAN DUNIA EROPAH



SALAM SEJAHTERA SEMUA,
PADA HARI INI AKU NAK BERKONGSI TENTANG SEBUAH TEMPAT YANG MENARIK DAN SEORANG TOKOH YANG TERKENAL YANG BERASAL DARI BENUA EROPAH. BENUA INI MERUPAKAN BENUA YANG KEDUA TERBESAR DI DUNIA SELEPAS BENUA AMERIKA. BENUA INI TERDIRI DARIPADA BEBERAPA BUAH NEGARA TERMASUK UNITED KINGDOM.

TEMPAT MENARIK YANG AKU MAKSUDKAN IALAH MOSTAR YANG TERLETAK DI NEGARA BOSNIA. MOSTAR MERUPAKAN SEBUAH BANDAR YANG TERBESAR DI NEGARA TERSEBUT DAN MEMPUNYAI BILANGAN PENDUDUK ISLAM TERAMAI ANTARA BANDAR-BANDAR YANG LAIN DI BOSNIA. KEUNIKAN BANDAR INI TERSERLAH KERANA MEMPUNYAI PEMANDANGAN YANG INDAH SERTA DI TENGAH-TENGAHNYA TERDAPAT SEBATANG SUNGAI YANG JERNIH AIRNYA DAN BIRU PEKAT WARNANYA. SEKALI PANDANG SEPERTI BERADA DI TENGAH LAUTAN PULA. KEBANYAKAN LAUT PUN TIDAK MEMPUNYAI AIR SEJERNIH ITU.

JAMBATAN STARIMOST DI TENGAH SUNGAI JERNIH
KEINDAHAN MOSTAR PADA WAKTU MALAM

DI MOSTAR JUGA TERDAPAT SEBUAH JAMBATAN YANG SIAP DIBINA PADA TAHUN 2008. JAMBATAN INI DINAMAKAN STARIMOST YANG MEMBAWA MAKSUD JAMBATAN LAMA KERANA SEBENARNYA JAMBATAN INI SUDAH LAMA DIBINA SEJAK ZAMAN PEPERANGAN LAGI. TETAPI BARU DIUBAHSUAI PADA TAHUN 2003 SETELAH TAMAT PEPERANGAN. JAMBATAN INI MEMUDAHKAN PERGERAKAN PENDUDUK MOSTAR UNTUK MENYEBERANGI DUA TANAH YANG TERPISAH OLEH SEBATANG SUNGAI YANG AKU KATAKAN SEBENTAR TADI.

JAMBATAN STARIMOST SEBELUM DIBINA SEMULA

SETERUSNYA, AKU INGIN BERBICARA TENTANG SEORANG TOKOH YANG TERKENAL DI EROPAH. TOKOH YANG AKU MAKSUDKAN ITU IALAH BARTOLOMEO CRISTOFORI, PEREKA ALAT MUZIK PIANO MODEN. BARTOLOMEO DILAHIRKAN PADA TAHUN 1655 DAN MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 1731. SEHINGGA KINI SUMBANGANNYA DALAM PEMBINAAN PIANO MODEN MASIH DIGUNAKAN OLEH PEREKA-PEREKA PIANO TERKENAL PADA MASA INI. KEMBALI BERCERITA TENTANG BARTOLOMEO, HARI INI MERUPAKAN HARI JADI BELIAU YANG KE-360. SEMOGA SUMBANGAN YANG BELIAU TELAH BERIKAN KEPADA BIDANG MUZIK DUNIA DIHARGAI OLEH MASYARAKAT MODEN KINI.

POTRET BARTOLOMEO CRISTOFORI
PIANO MODEN PERTAMA DIREKA BARTOLOMEO

BAIKLAH ITU SAHAJA DARIPADA AKU BUAT MASA INI. ASSALAM..
EUREKA!!  

Saturday 2 May 2015

PERTABALAN SULTAN PERAK 2015



ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA,
PADA HARI INI AKU NAK BERKONGSI TENTANG MAJLIS YANG TENTUNYA AKAN DIINGATI OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA TERUTAMANYA PENDUDUK NEGERI PERAK. MAJLIS YANG AKU MAKSUDKAN IALAH MAJLIS PERTABALAN SULTAN PERAK YANG JATUH PADA TARIKH 6 MEI 2015. SUDAH TENTUNYA PADA HARI ITU AKAN TERLAKAR SATU SEJARAH PERTABALAN SULTAN BARU BAGI NEGERI PERAK.

BAKAL SULTAN BAHARU PERAK YANG AKU MAKSUDKAN INI TENTUNYA SULTAN DR. NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH. BAGINDA MERUPAKAN PUTERA KEPADA ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH YANG BARU MANGKAT PADA TAHUN LEPAS. PERTABALAN SULTAN NAZRIN SHAH SEBAGAI SULTAN PERAK BAHARU INI MERUPAKAN SATU SEJARAH BAGI INSTITUSI BERAJA DI MALAYSIA KERANA BAGINDA MERUPAKAN SULTAN NEGERI-NEGERI MELAYU YANG PERTAMA MEMILIKI SIJIL PHD DAN MEMBAWA GELARAN DOKTOR. SUDAH TENTUNYA PERTABALAN INI AKAN MENJADI SATU KEJUTAN DAN BERSEJARAH KERANA BAGINDA MERUPAKAN PENCETUS KEPADA SULTAN YANG BERPANGKAT PHD.

SULTAN NAZRIN SHAH SEGAK MENGENAKAN SUT KETIKA BERUCAP
BAGINDA BERSAMA KELUARGA TERCINTA

PESANAN DARIKU BUAT RAKYAT NEGERI PERAK, KIBARKANLAH BENDERA PERAK NEGERI KELAHIRANMU PADA 6 MEI 2015 IAITU PADA HARI RABU INI BAGI MENGHORMATI MAJLIS PERTABALAN SULTAN BAHARUMU, SULTAN NAZRIN SHAH.
DIHARAPKAN KEHADIRAN SULTAN NAZRIN SHAH DI DALAM INSTITUSI KESULTANAN NEGERI-NEGERI MELAYU AKAN MEMBUATKAN BAKAL-BAKAL SULTAN NEGERI-NEGERI MELAYU YANG SETERUSNYA AKAN LEBIH GIGIH DAN BERUSAHA MENCAPAI TARAF PENDIDIKAN YANG TERTINGGI AGAR DIHORMATI DAN DISANJUNG TINGGI OLEH RAKYAT JELATA.

TERSERLAH KEHEBATAN BAGINDA SEBAGAI SULTAN PERTAMA BERPANGKAT PHD
BENDERA KEBANGGAAN RAKYAT PERAK

BAIKLAH SAMPAI SINI SAHAJA CORETAN BUAT KALI INI. DIHARAPKAN KITA BERTEMU LAGI PADA LAIN HARI. ASSALAM..


Sunday 26 April 2015

ROBBEN ISLAND HERE WE ARE!

ROBBEN ISLAND
ASSALAMUALAIKUM SEMUA, 
HARI INI AKU INGIN BERKONGSI CERITA KEPADA PEMBACA SEMUA TENTANG SEBUAH PULAU TERPENCIL YANG DIBERI NAMA ROBBEN ISLAND DAN TERLETAK DI NEGARA AFRIKA SELATAN. SEBENARNYA PULAU ROBBEN INI PERNAH DIDIAMI OLEH MENDIANG NELSON MANDELA SEWAKTU BELIAU HIDUP.

AKU INGIN MENGGALAKKAN PEMBACA SEMUA MELAYARI LAMAN SESAWANG GOOGLE UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG PULAU YANG TERKENAL DALAM KALANGAN PELANCONG INI. BUAT PERTAMA KALINYA, PADA HARI INI GOOGLE MEMBUAT SATU LAMAN KHAS BAGI MEMUDAHKAN PENGGUNA MELANCONG KE PULAU INI SECARA DALAM TALIAN ATAU ON-LINE.

SUDAH BERSEDIA UNTUK MELANCONG KE PULAU ROBBEN? SILA LAYARI LAMAN WEB INI.. https://www.google.com/culturalinstitute/home?hl=en-GB

OKEY, BERBALIK KEPADA SEJARAH PULAU ROBBEN INI PULA IALAH PULAU INI SUDAH WUJUD LEBIH 500 TAHUN YANG LALU DAN MENYIMPAN PELBAGAI KISAH SUKA DAN DUKA PENDUDUK AFRIKA SELATAN. TERDAPAT PELBAGAI TEMPAT YANG MENARIK DAN BOLEH DIKUNJUNGI DI SINI.

CAPE TOWN

ANTARANYA, MUZIUM PENJARA PULAU ROBBEN, MUZIUM IN THEIR OWN WORDS, PAMERAN STRUGGLE INK DAN NELSON MANDELA CENTRE OF MEMORY. DI DALAM PAMERAN STRUGGLE INK INI TERDAPAT PELBAGAI LUKISAN YANG DIPAMERKAN DAN SANGAT MENARIK UNTUK DILIHAT. LUKISAN-LUKISAN YANG TERDAPAT DI SINI MEMBERI GAMBARAN KEHIDUPAN SEBENAR MASYARAKAT AFRIKA SELATAN.

PINTU GERBANG PENJARA PULAU ROBBEN

BAIKLAH SAMPAI DI SINI SAHAJA CORETAN BUAT KALI INI. SEMOGA BERJUMPA LAGI. ASSALAM..

EUREKA!!


Tuesday 21 April 2015

ADAKAH AKU SEPERTI KOMODO DRAGON?



HAI APA KHABAR SEMUA?
AKU DI SINI BAIK-BAIK SAHAJA. BERSEMPENA DENGAN HARI BUMI ATAU 'EARTH DAY' YANG JATUH PADA HARI INI, AKU NAK KONGSIKAN BEBERAPA PENGALAMAN AKU KETIKA MELAWATI BEBERAPA BUAH ZOO YANG TERDAPAT DI MALAYSIA. 

PENGALAMAN PERTAMA AKU APABILA AKU MELAWATI ZOO NEGARA YANG TERLETAK DI IBU KOTA KUALA LUMPUR. ZOO INI MERUPAKAN ANTARA ZOO YANG TERBESAR DI MALAYSIA. KETIKA AKU MELAWAT ZOO INI, AKU BARU BERUSIA 10 TAHUN. ZOO INI SANGAT BESAR DAN MEMPUNYAI PELBAGAI HAIWAN DARI SELURUH NEGARA TERMASUK AFRIKA SELATAN. MEMANG TIDAK PUAS APABILA BERJALAN-JALAN DI DALAM ZOO INI. MANA TIDAKNYA KETIKA BERJALAN ADA ANTARA AHLI KELUARGAKU YANG TERKEHEL KAKI DAN SEBAGAINYA DEK KERANA KELUASANNYA YANG BESAR. HMM.. NASIB BAIK ADA KERETA API SEWA YANG MEMBAWA KAMI UNTUK MELENGKAPKAN PENGEMBARAAN KAMI DI ZOO NEGARA INI.


PAPAN TANDA DI ZOO NEGARA, KL
PANDA CHINA YANG TERDAPAT DI ZOO NEGARA


DESTINASI KEDUA AKU PULA ADALAH DI TAMAN BURUNG DAN RAMA-RAMA YANG TERLETAK DI KUALA LUMPUR. KEDUDUKAN KEDUA-DUA TAMAN INI TIDAK BERJAUHAN ANTARA SATU SAMA LAIN. DI TAMAN BURUNG, TERDAPAT PELBAGAI SPESIES BURUNG YANG TERDAPAT DI SINI. ANTARANYA BURUNG HELANG, KASAWARI DAN MERPATI YANG TERDAPAT DALAM PELBAGAI WARNA. DI SINI JUGA KAMI MELIHAT PERTUNJUKAN BURUNG YANG SANGAT HEBAT-HEBAT BELAKA. ADA BURUNG YANG BOLEH BERCAKAP DAN ADA JUGA BURUNG YANG BOLEH MENGIKUTI SEGALA SURUHAN TUANNYA. DI TAMAN RAMA-RAMA PULA TERDAPAT PELBAGAI JENIS RAMA-RAMA YANG TERDAPAT DI SINI. BOLEH DIKATAKAN TAMAN INI SANGAT SERONOK UNTUK DILAWATI KERANA RAMA-RAMANYA TERDAPAT DALAM PELBAGAI BENTUK, SAIZ DAN WARNA. SANGAT SEJUK MATA APABILA MEMANDANG KE SEKELILING TAMAN RAMA-RAMA INI.


PAPAN TANDA DI TAMAN BURUNG
ANTARA SPESIES BURUNG YANG TERDAPAT DI SINI
ANTARA SPESIES RAMA-RAMA YANG TERDAPAT DI TAMAN RAMA-RAMA, KL
SALAH SATU SPESIES RAMA-RAMA DI SINI


SETERUSNYA, AKU DAN KELUARGA PERNAH BERKUNJUNG KE AQUARIA KLCC. AQUA KLCC INI MERUPAKAN ANTARA AKUARIUM YANG TERBESAR DI MALAYSIA DAN MENEMPATKAN PELBAGAI JENIS DAN RUPA HAIWAN LAUT SEPERTI IKAN, SOTONG DAN OBOR-OBOR. MEMANG SANGAT SERONOK APABILA BERKUNJUNG KE SINI. HANYA TUHAN SAJA YANG TAHU PERASAAN INI APABILA BERKUNJUNG KE SITU. SANGAT MENAKJUBKAN! PEMANDANGAN DI SITU SANGAT CANTIK SEOLAH-OLAH BERADA DI DALAM LAUTAN SEBENAR. DI SITU TERDAPAT PELBAGAI IKAN YANG EKSOTIK DAN MENARIK.


AKUARIUM YANG TERDAPAT DI AQUARIA KLCC
PEMANDANGAN IKAN BERSAMA SANTA CLAUS SEMPENA HARI NATAL
PEMANDANGAN YANG MENGAGUMKAN SEOLAH-OLAH BERADA DI LAUTAN SEBENAR


AKHIR SEKALI, AKU JUGA PERNAH BERKUNJUNG KE ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI PADA WAKTU MALAM. MEMANG SANGAT MENGUJAKAN APABILA DAPAT MELIHAT HAIWAN-HAIWAN LIAR PADA WAKTU MALAM. SELALUNYA PERKARA-PERKARA BEGINI HANYA DAPAT DILIHAT MELALUI TELEVISYEN. DI SITU AKU DAN KELUARGA DAPAT MELIHAT HAIWAN-HAIWAN LIAR SEPERTI HARIMAU DAN BUAYA PADA WAKTU MALAM. SANGAT EKSTREMIS DAN SERONOK SEKALI! TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN MELALUI KATA-KATA. KAMI SEKELUARGA BERJALAN-JALAN MENGELILINGI ZOO ITU DENGAN MENAIKI KERETA API SEWA. SANGAT SERONOK APABILA DAPAT MELIHAT HAIWAN BERSAMA PELANCONG-PELANCONG LAIN. ADA YANG MENJERIT, MENANGIS DAN SEBAGAINYA KERANA TAKUT.


BURUNG HANTU PADA WAKTU MALAM
RUSA PADA WAKTU MALAM
SEEKOR UNTA SEDANG BEREHAT PADA WAKTU INI


SEBELUM MENUTUP BICARA, TADI SEMPAT JUGA AKU MELIHAT DAN MEMBACA SERBA SEDIKIT TENTANG HARI BUMI 2015 DI SESAWANG GOOGLE. GOOGLE JUGA ADA MEMBUAT SEDIKIT KUIZ UNTUK MENCARI HAIWAN YANG SERUPA DENGAN DIRI AKU. NAK TAHU TAK HAIWAN APA YANG SERUPA DENGANKU? JENG JENG JENG.. HAIWAN YANG SERUPA DENGAN PERSONALITI AKU ITU IALAH KOMODO DRAGON. SETELAH MEMBUAT BEBERAPA PENCARIAN DI GOOGLE, RUPA-RUPANYA KOMODO DRAGON INI MERUPAKAN SEEKOR SPESIES CICAK BERSAIZ BESAR SEPERTI BIAWAK DAN HANYA TERDAPAT DI PULAU-PULAU YANG TERLETAK DI INDONESIA.


KOMADO DRAGON


BAIKLAH SAMPAI SITU SAHAJA CORETAN SAYA. WASSALAM..