Wednesday 13 May 2015

BACK TO THE PAST


ASSALAMUALAIKUM SEMUA,
PADA HARI INI AKU NAK KONGSIKAN DENGAN PEMBACA SEMUA TENTANG LAGU-LAGU LAMA 90-AN YANG AKU SERING DENGAR KEBELAKANGAN INI. MEMANG SANGAT SYAHDU DAN TERHARU APABILA MENGIMBAU DAN MENDENGAR KEMBALI LAGU-LAGU KLASIK 90-AN PADA ERA MODENISASI INI. BENARLAH SEPERTI KATA ORANG TUA-TUA, BARANG YANG LAMA TIADA GANTINYA DAN TIDAK BOLEH DIULANGI LAGI. JIKA PERKARA TERSEBUT BOLEH DIULANGI, IA TIDAK AKAN SAMA SEBIJI SEPERTI DAHULU. ITULAH DINAMAKAN TAKDIR.

KUMPULAN 90-AN INGGERIS YANG SANGAT AKU MINATI IALAH KUMPULAN BACKSTREET BOYS. PERTAMA KALI AKU MENDENGAR LAGU MEREKA DI SEKOLAH RENDAHKU. KETIKA ITU AKU BERADA DI DARJAH ENAM. GURU BAHASA INGGERISKU PERNAH MENGAJAKKU DAN RAKAN-RAKAN YANG LAIN MENYANYI LAGU MEREKA DI DALAM KELAS UNTUK MERILISKAN TEKANAN. ENTAHLAH AKU PUN SUDAH TIDAK INGAT LAGU APA YANG KAMI NYANYIKAN KETIKA ITU. TETAPI AKU PERNAH MENDENGAR LAGU MEREKA DI YOUTUBE. ANTARA LAGU MEREKA YANG AKU MINATI IALAH LAGU I WANT IT THAT WAY.

PADA MASA KINI JUGA TERDAPAT LAGU-LAGU YANG SEDAP DIDENGARI SEPERTI LAGU-LAGU NYANYIAN KUMPULAN INGGERIS ONE DIRECTION. LAGU TERBARU MEREKA YANG AKU MINATI IALAH LAGU NIGHT CHANGES DAN STORY OF MY LIFE. MEMANG SUNGGUH SEDAP LAGU-LAGU ITU SEHINGGAKAN AKU JUGA BERASA SEDIH APABILA MENDENGARNYA. KUMPULAN ONE DIRECTION INI MEMANG SANGAT DIGEMARI REMAJA MASA KINI KERANA MUZIK MEREKA YANG SEDAP DIDENGARI. BOLEH DIKATAKAN MEREKA SUDAH MENJADI FENOMENA DAN IDOLA REMAJA-REMAJA MASA KINI.

GAMBAR MEREKA
SALAH SATU BAIT LIRIK LAGU MEREKA MEMPUNYAI PERSAMAAN


DI MALAYSIA JUGA TERDAPAT PENYANYI-PENYANYI BERKUMPULAN PADA SUATU KETIKA DAHULU. ANTARA KUMPULAN YANG TERKENAL PADA MASA ITU IALAH KUMPULAN 4U2C, FEMININE, ELITE DAN RUFFEDGE. KUMPULAN 4U2C SANGAT TERKENAL DENGAN STAIL MEREKA TERSENDIRI IAITU MEMAKAI RANTAI CD PADA LEHER MEREKA. KETIKA ITU STAIL MEREKA ITU SERING MENJADI IKUTAN RAMAI REMAJA. MEREKA SANGAT TERKENAL DENGAN LAGU FIONA.

4U2C DENGAN IMEJ MEREKA MEMAKAI CD
ABANG-ABANG 4U2C SUATU KETIKA DULU


KUMPULAN WANITA ELITE JUGA TIDAK KURANG HEBATNYA. MEREKA SANGAT POPULAR DALAM KALANGAN PEMINAT LELAKI DAN PEREMPUAN PADA ERA 90-AN. MEREKA SANGAT TERKENAL DENGAN LAGU G.I.G. SEHINGGA KINI LAGU ITU SERING MENJADI SIULAN PARA PEMINAT MEREKA. KINI, MEREKA MEMBAWA HALUAN MASING-MASING DAN TETAP POPULAR MENJADI PELAKON DAN PENYANYI SOLO.

ELITE SUATU KETIKA DULU


AKU SANGAT MEMINATI KUMPULAN RUFFEDGE KETIKA AKU KECIL DAHULU. LAGU MEREKA IAITU LAGU TIPAH TERTIPU SERING MENJADI SIULANKU DI MANA-MANA. MUNGKIN SEBAB BAGIKU LAGU ITU SANGAT RINGKAS DAN LIRIKNYA MUDAH DIINGATI.

RUFFEDGE


BAIKLAH, NAMPAKNYA SAMPAI DI SINI SAHAJA CORETAN BUAT KALI INI. AKU HARAP PEMBACA SEMUA SERONOK MEMBACA ENTRI KU. SEKIAN.
EUREKA!!

Monday 4 May 2015

PENJELAJAHAN DUNIA EROPAH



SALAM SEJAHTERA SEMUA,
PADA HARI INI AKU NAK BERKONGSI TENTANG SEBUAH TEMPAT YANG MENARIK DAN SEORANG TOKOH YANG TERKENAL YANG BERASAL DARI BENUA EROPAH. BENUA INI MERUPAKAN BENUA YANG KEDUA TERBESAR DI DUNIA SELEPAS BENUA AMERIKA. BENUA INI TERDIRI DARIPADA BEBERAPA BUAH NEGARA TERMASUK UNITED KINGDOM.

TEMPAT MENARIK YANG AKU MAKSUDKAN IALAH MOSTAR YANG TERLETAK DI NEGARA BOSNIA. MOSTAR MERUPAKAN SEBUAH BANDAR YANG TERBESAR DI NEGARA TERSEBUT DAN MEMPUNYAI BILANGAN PENDUDUK ISLAM TERAMAI ANTARA BANDAR-BANDAR YANG LAIN DI BOSNIA. KEUNIKAN BANDAR INI TERSERLAH KERANA MEMPUNYAI PEMANDANGAN YANG INDAH SERTA DI TENGAH-TENGAHNYA TERDAPAT SEBATANG SUNGAI YANG JERNIH AIRNYA DAN BIRU PEKAT WARNANYA. SEKALI PANDANG SEPERTI BERADA DI TENGAH LAUTAN PULA. KEBANYAKAN LAUT PUN TIDAK MEMPUNYAI AIR SEJERNIH ITU.

JAMBATAN STARIMOST DI TENGAH SUNGAI JERNIH
KEINDAHAN MOSTAR PADA WAKTU MALAM

DI MOSTAR JUGA TERDAPAT SEBUAH JAMBATAN YANG SIAP DIBINA PADA TAHUN 2008. JAMBATAN INI DINAMAKAN STARIMOST YANG MEMBAWA MAKSUD JAMBATAN LAMA KERANA SEBENARNYA JAMBATAN INI SUDAH LAMA DIBINA SEJAK ZAMAN PEPERANGAN LAGI. TETAPI BARU DIUBAHSUAI PADA TAHUN 2003 SETELAH TAMAT PEPERANGAN. JAMBATAN INI MEMUDAHKAN PERGERAKAN PENDUDUK MOSTAR UNTUK MENYEBERANGI DUA TANAH YANG TERPISAH OLEH SEBATANG SUNGAI YANG AKU KATAKAN SEBENTAR TADI.

JAMBATAN STARIMOST SEBELUM DIBINA SEMULA

SETERUSNYA, AKU INGIN BERBICARA TENTANG SEORANG TOKOH YANG TERKENAL DI EROPAH. TOKOH YANG AKU MAKSUDKAN ITU IALAH BARTOLOMEO CRISTOFORI, PEREKA ALAT MUZIK PIANO MODEN. BARTOLOMEO DILAHIRKAN PADA TAHUN 1655 DAN MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 1731. SEHINGGA KINI SUMBANGANNYA DALAM PEMBINAAN PIANO MODEN MASIH DIGUNAKAN OLEH PEREKA-PEREKA PIANO TERKENAL PADA MASA INI. KEMBALI BERCERITA TENTANG BARTOLOMEO, HARI INI MERUPAKAN HARI JADI BELIAU YANG KE-360. SEMOGA SUMBANGAN YANG BELIAU TELAH BERIKAN KEPADA BIDANG MUZIK DUNIA DIHARGAI OLEH MASYARAKAT MODEN KINI.

POTRET BARTOLOMEO CRISTOFORI
PIANO MODEN PERTAMA DIREKA BARTOLOMEO

BAIKLAH ITU SAHAJA DARIPADA AKU BUAT MASA INI. ASSALAM..
EUREKA!!  

Saturday 2 May 2015

PERTABALAN SULTAN PERAK 2015



ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA,
PADA HARI INI AKU NAK BERKONGSI TENTANG MAJLIS YANG TENTUNYA AKAN DIINGATI OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA TERUTAMANYA PENDUDUK NEGERI PERAK. MAJLIS YANG AKU MAKSUDKAN IALAH MAJLIS PERTABALAN SULTAN PERAK YANG JATUH PADA TARIKH 6 MEI 2015. SUDAH TENTUNYA PADA HARI ITU AKAN TERLAKAR SATU SEJARAH PERTABALAN SULTAN BARU BAGI NEGERI PERAK.

BAKAL SULTAN BAHARU PERAK YANG AKU MAKSUDKAN INI TENTUNYA SULTAN DR. NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH. BAGINDA MERUPAKAN PUTERA KEPADA ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH YANG BARU MANGKAT PADA TAHUN LEPAS. PERTABALAN SULTAN NAZRIN SHAH SEBAGAI SULTAN PERAK BAHARU INI MERUPAKAN SATU SEJARAH BAGI INSTITUSI BERAJA DI MALAYSIA KERANA BAGINDA MERUPAKAN SULTAN NEGERI-NEGERI MELAYU YANG PERTAMA MEMILIKI SIJIL PHD DAN MEMBAWA GELARAN DOKTOR. SUDAH TENTUNYA PERTABALAN INI AKAN MENJADI SATU KEJUTAN DAN BERSEJARAH KERANA BAGINDA MERUPAKAN PENCETUS KEPADA SULTAN YANG BERPANGKAT PHD.

SULTAN NAZRIN SHAH SEGAK MENGENAKAN SUT KETIKA BERUCAP
BAGINDA BERSAMA KELUARGA TERCINTA

PESANAN DARIKU BUAT RAKYAT NEGERI PERAK, KIBARKANLAH BENDERA PERAK NEGERI KELAHIRANMU PADA 6 MEI 2015 IAITU PADA HARI RABU INI BAGI MENGHORMATI MAJLIS PERTABALAN SULTAN BAHARUMU, SULTAN NAZRIN SHAH.
DIHARAPKAN KEHADIRAN SULTAN NAZRIN SHAH DI DALAM INSTITUSI KESULTANAN NEGERI-NEGERI MELAYU AKAN MEMBUATKAN BAKAL-BAKAL SULTAN NEGERI-NEGERI MELAYU YANG SETERUSNYA AKAN LEBIH GIGIH DAN BERUSAHA MENCAPAI TARAF PENDIDIKAN YANG TERTINGGI AGAR DIHORMATI DAN DISANJUNG TINGGI OLEH RAKYAT JELATA.

TERSERLAH KEHEBATAN BAGINDA SEBAGAI SULTAN PERTAMA BERPANGKAT PHD
BENDERA KEBANGGAAN RAKYAT PERAK

BAIKLAH SAMPAI SINI SAHAJA CORETAN BUAT KALI INI. DIHARAPKAN KITA BERTEMU LAGI PADA LAIN HARI. ASSALAM..